Sementara kami menyiapkan review BBoBB Fallout 4, kami share gameplay tips yang korang boleh guna kelak!

1. Save game. Save game anda selalu (baca dengan nada “War, war never changes”.

fallout-4-fav-menuMembuat pilihan yang kurang tepat ketika menjalankan misi selalunya akan menyebabkan korang mati dan merugikan masa korang bermain. Oleh yang demikian, sebelum membuat pilihan kritikal atau meredah masuk base enemy pastikan korang save game. Dah save? Tekan save game lagi!

Bethesda mungkin perasan bahawa fungsi ini bakal selalu digunakan, maka mereka telah memasukkan Quicksave di dalam pause menu. Bagi mereka yang biasa main game berunsurkan RPG, habit membuat beberapa save game dengan kerap adalah perkara yang biasa dan wajar diamalkan!

2. Pilih jenis senjata kegemaran dan fokus!

fallout-4-shootingTak dapat dinafikan Fallout 4 mempunyai pelbagai pilihan senjata dan pasti membuat korang menjadi rambang mata untuk memilih senjata. Namun begitu, untuk permulaan game cubalah fokus pada satu jenis senjata sahaja untuk menjadikan ia efektif dalam menyerang musuh.

Pistol 10mm adalah satu senjata yang amat berkesan dan mudah didapati untuk awal game. Kami mencadangkan korang pakai senjata ini sementara mendapatkan senjata yang lebih powerful.

3. Run Forrest run!

fallout-4-legendary-enemyDalam Fallout 4, sistem Sprint telah diperkenalkan. Sistem ini adalah untuk korang menyelamatkan diri sekiranya enemy terlalu hebat. Harus diingatkan juga, sistem Sprint ini menggunakan meter yang sama dengan sistem VATS. Maka, beringatlah dalam menggunakan meter VATS.

Berhati-hati dengan musuh legendary. Musuh-musuh ini jarang dijumpai dan biasanya mempunyai jumlah nyawa dan damage serangan yang tinggi. Korang akan diberitahu “Legendary enemy has mutated!” apabila berjumpa legendary enemy. Pastikan korang tewaskan mereka secepat mungkin, kalau tak boleh, LARILAH! Apa tunggu lagi!

4. Simpan mod senjata yang korang jumpa.

fallout-4-custom-weaponCabut mod yang ada sebelum scrap segala senjata yang korang tak nak. Mod-mod ini boleh diguna untuk mengubahsuai senjata legendary yang korang boleh dapat dari musuh legendary.

5. Gunakan ubat kimia seperti Buffout.

Jika inventory korang dah penuh dan korang dah tak boleh fast travel, gunakan Buffout yang memberikan strength sementara dan pulang ke base. Dalam dunia Fallout, terdapat pelbagai bahan kimia yang mempengaruhi stats korang secara sementara seperti Mentats dan juga Turbo.

Harus diingatkan juga, sesetengah bahan kimia ini boleh menyebabkan character korang jadi penagih!

6. Power Armor adalah awesome!

fallout-4-power-armor-poseTapi battery mahal harganya! Jadi explore dulu kawasan-kawasan tanpa menggunakan Power Armor. Jika kawasan tersebut mempunyai ramai enemy yang kuat, balik ke base dan ambil Power Armor.

Harus diingatkan sekali lagi bahawa berlari dalam Power Armor menggunakan fusion core dengan cepat. Lebih efektif jika menyelusup masuk ke base musuh dan lakukan serangan ambush.

7. Critical hit adalah penting

fallout-4-vs-raider

Critical hit sekarang boleh di-activate bila masa yang sesuai. Gunakan sniper rifle dan activate critical hit bagi damage yang optimum. Ini sangat berguna terutamanya dalam menewaskan enemy yang hebat seperti raksasa legendary.

Moga tips yang kami share boleh membantu korang semua. Selamat enjoy Fallout 4 seperti kami di JomGaming!

JomBaca: 7 Fakta Tentang Fallout 4.

Comments

comments