Nampaknya hasil leaked Fallout 4 beberapa hari lepas, sebuah website telah membina satu tool untuk korang godek stats character build korang sebelum mulakan pengembaraan minggu depan!

fallout-4-built-planner

Bagi mereka yang biasa enjoy game bertemakan RPG pasti sudah tahu bila hendak mencipta character pasti lama masa untuk diambil. Tidak pun, korang akan end up membuat character baru kerana tidak berpuas hati dengan stats yang sudah dicipta. Tool sebegini sangat berguna dan dapat menjimatkan masa bila Fallout sudah ada di tangan nanti.

Kalau korang suka main redah tanking, mungkin naikkan Strength dan Endurance. Kalau korang suka main style ninja, mungkin naikkan Perception dan Agility. Untuk tengok apa perk yang boleh korang unlock bagi setiap attributes, klik Perk Chart, dan scroll tengok apa perk yang berkenan di hati!

Fallout 4 Perk Chart

Korang boleh guna tool ini di RPG-Gaming. Selamat menggodek geng!

Jom Baca:  Fallout: Anthology: Koleksi Yang Boleh Bikin Jantung Goyang!

Comments

comments