Setelah sekian lama meninggalkan The Wasteland, kini aku kembali. Sesungguhnya aku merindui dakapan mesramu Deathclaw.

Fallout 4_20151113032002
Boom! Peperangan nuklear meletus dalam Fallout 4.

Game keluaran Bethesda seperti Oblivion, Fallout 3 dan Skyrim semuanya merupakan satu game yang menampilkan penjelajahan ke dalam dunia fantasi yang sangat luas. Game-game ini juga terkenal dengan pelbagai masalah teknikal. Bugs dan framerate yang tidak stabil sesungguhnya berada di dalam siri terkini ini. Fallout 4 adalah game terkini dari Bethesda dan tidak dapat dinafikan ia tergolong dalam kategori yang sama.

Fallout 4_20151114232154
Kawasan yang telah dilawati akan direkod dalam Pipboy!

Dunia yang dicipta dalam Fallout 4 tidak terlalu luas jika dibandingkan dengan game open world yang dikeluarkan pada tahun ini. Dalam peta yang sederhana saiz ini terdapat pelbagai bangunan dan ruang bawah tanah yang menarik untuk diterokai. Dalam setiap tempat ini, terdapat pelbagai kisah yang boleh dibaca melalui tinggalan buku atau pun terminal yang mempunyai log yang ditulis oleh penduduk atau bekas penduduk sebelum perang nuklear.

Grafik dan audio.

Fallout 4_20151113174910
Brotherhood of Steel datang melawat kawasan!

Grafik dalam Fallout 4 tidaklah memberansangkan sangat ataupun sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Bethesda. Bagi mereka yang sudah mengenali game Fallout yang terdahulu pasti sudah biasa bagi palet warna-warna kelam suram. Pilihan-pilihan warna sebegini adalah membosankan bagi sesetengah gamer.

Fallout 4_20151116074920
Seram-seram sejuk nak masuk tengok apa ada dalam gua.

Fallout 4 masih mengekalkan mood dunia selepas perang nuklear dan diselitkan dengan kepelbagaian warna. Ini dapat dilihat melalui cuaca, iklan-iklan jalanan, serta bangunan yang ditunjukkan dalam dunia Fallout 4. Perubahan cuaca dari terang hinggakan ke ribut radioaktif memang membawa mood dunia selepas perang nuklear.

Fallout 4_20151113122951
Hodoh betul rupe ko ni Swan.

Audio dalam Fallout 4 boleh dianggap sederhana. Bunyi persekitaran adalah bersesuaian dalam dunia game tersebut. Harus dipuji dalam efek senjata yang menggunakan energy. Ia masih terasa padat dan logik digunakan ketika melawan musuh.

Fallout 4 turut mengutarakan suara watak utama dan ini adalah kali pertama. Ini adalah satu langkah yang baik dari Bethesda kerana pemain dapat merasakan mood ayat yang digunakan terutamanya apabila berkomunikasi dengan NPC. Watak yang dimainkan benar-benar dapat diamati sama ada gembira ataupun sarkastik ketika berbual.

Gameplay.

SHAREfactory™_20151117162434
Jaga-jaga, kalau tak tahan api jangan duduk dekat!

Bagi yang biasa dengan Fallout 3 dan Fallout: New Vegas, Fallout 4 mengemukan gameplay yang sama. Ia masih action RPG yang sama dengan pembaharuan dari pelbagai sudut. Sistem V.A.T.S yang unik dalam siri Fallout kembali dan telah diubahsuai. Mengaktifkan V.A.T.S tidak lagi memberhentikan masa tetapi hanya memperlahankan masa. Ini memberi dinamik baru dalam game ini kerana musuh masih lagi boleh bergerak dan menyorok disebalik dinding jika anda terlambat.

fallout-4-legendary-deathclaw
Antara musuh paling awesome dalam Fallout 4. Ada lagi yang menanti nak ambush korang!

Tembak-menembak dalam Fallout 4 juga lebih menyeronokkan. Setiap tembakan terasa padat dan pemain boleh melontar bom dalam pertarungan sengit, tidak seperti Fallout yang terdahulu.

Disamping sistem V.A.T.S, sistem S.P.E.C.I.A.L turut diubahsuai dan lebih mudah difahami oleh pemain-pemain baru khususnya. Jika sebelum ini, perk hanya boleh di-unlock mengikut level pemain tetapi dalam Fallout 4 pemain bebas untuk mendahulukan perk yang mana-mana diingini.

fallout-4-building
Bina penempatan korang dan bantu penduduk sekeliling.

Fallout 4 juga menambah satu gameplay baru pada siri ini. Ia dipanggil Workshop mode yang membolehkan pemain untuk membina kawasan penempatan. Ini adalah satu usaha yang harus dipuji dan komuniti dijangkakan bakal membina pelbagai penempatan yang unik mengikut citarasa masing-masing. Penempatan yang dibina ini mempunyai keperluan asas tersendiri seperti tenaga, air, makanan dan ciri keselamatan. Bergantung pada pemain bagaimana untuk membina penempatan yang terbaik.

fallout-4-armor-custom
Power armor. Jangan lupa nak upgrade ni!

Senjata dan pakaian juga boleh diubahsuai dalam Fallout 4. Ini merupakan satu ciri yang tiada sebelum ini dan memang menarik. Pengubahsuaian ini membolehkan gamer mengubah senjata mengikut citarasa tersendiri seperti kepantasan menembak senjata tersebut dan juga memberikan lebih jarak untuk senjata tersebut lebih efektif. Dengan pengubahsuaian ini juga, senjata dan pakaian turut mengalami perubahan rupa yang memberikan variasi visual kepada dunia Fallout.

Penceritaan.

SHAREfactory™_20151117161937
Buat kelakar pulak dia.

Penceritaan dalam Fallout kali ini diberi penumpuan berbanding dengan Fallout 3. Selain cerita bagi misi utama, side quest juga diambil berat. Watak-watak yang dipersembahkan adalah menarik dan mempunyai personaliti tersendiri. Dari super mutant yang bijak hinggalah ke penagih dadah yang boleh melihat masa depan, semuanya mempunyai identiti yang tersendiri dan memberi gambaran kepada pemain tentang dunia Fallout.

SHAREfactory™_20151117162753
Kite tengok sapa hebat ok!?

Terdapat juga misi untuk memasuki minda watak lain yang mempunyai level yang tersendiri yang sesungguhnya unik bagi siri ini. Pemain pasti tidak jemu bersembang dengan NPC di dalam game ini, tidak terkejutlah jika Bethesda sendiri mengatakan bahawa game ini mempunyai 111,000 baris skrip.

Kesimpulan: Boleh Beli!

Mempunyai grafik yang tidak memberangsangkan.
Pemain pasti akan mengalami bug atau glitch.
 Framerate yang tidak stabil.
 Animasi yang kadangkala nampak kekok.

+ Audio yang bersesuaian dengan dunia selepas perang.
+ Mempunyai watak-watak yang berpesonaliti.
+ Sistem ubahsuai yang yang dalam.
+ Efek cuaca yang menarik.
+ Penceritaan diberikan pada cerita utama dan cerita sampingan.
+ Dunia yang penuh tempat menarik untuk diterokai.

SHAREfactory™_20151117162857
Antara glitch kelakar yang kami jumpa semasa membuat review Fallout 4.

[su_box title=”JomBeli!” box_color=”#ff0000″]Khas untuk pembaca JomGaming! Korang boleh beli Fallout 4 dengan menghantar JGFO4 ke Inbox Partner Seller kitorang dan dapatkan diskaun RM5!
Dapatkan penghantaran PERCUMA terus ke kawasan korang bagi yang menetap di Lembah Klang![/su_box]

Comments

comments

REVIEW OVERVIEW
Grafik
7
Audio
8
Gameplay
9
Jalan cerita
7.5
Watak & Dialog
9
Previous articleBila Abah Review PS+: Thief
Next articleCall of Duty: Black Ops 3: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch ‘Parachute’ dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

  • Bani

    Game terbaik!!! Recommended! ??????Wajib beli pada sesiapa yg minat Action RPG!