Fallout 4, siri terbaru dalam francais Fallout ini yang pastinya dinanti-nantikan ramai kipas-susah-mati akan keluar pada bulan hadapan. Kali ini JomGaming memaparkan 7 fakta tentang Fallout 4 yang mungkin korang tak tahu.

1. Skrip yang lebih banyak dari banyak dari gabungan Fallout 3 dan Skyrim.

fallout-4-cowboy

Menurut Bethesda, Fallout 4 mengandungi 111,000 baris ayat yang melibatkan watak-watak utama dan watak-watak sampingan. Dari jumlah tersebut, hanya 13,000 melibatkan watak-watak utama!

Nampaknya Bethesda ingin mewujudkan satu dunia yang yang lebih immersive. Jika berbanding game open-world yang lain sebelum ini, kebanyakkan skrip yang digunakan akan berulang dan boleh menghambarkan dunia game tersebut.

2. 400 jam untuk selesaikan semua aktiviti.

fallout-4-shooting

Fallout 4 juga akan menampilkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya dapatkan outpost, dapatkan item upgrade, selesaikan side mission dan macam-macam lagi. Menurut Bethesda, jika korang hendak selesaikan semunya maka 400 jam diperlukan!

3. Fallout 4 menggunakan game engine yang baru rekaan Bethesda.

fallout-new-vegas-glitchBethesda juga antara studio yang sangat terkenal memasarkan game yang masih penuh dengan bug dan glitch seperti Skyrim. Dalam Fallout 4, Bethesda telah menggunakan engine yang baru dan berharap bilangan bug dan glitch dapat dikurangkan. Adakah ini akan menjadi realiti? Kita nantikan dalam review Fallout 4 kelak.

4. Sistem V.A.T.S yang baru.

fallout-4-super-mutant-skirmisherTidak seperti siri yang sebelum ini, V.A.T.S tidak akan lagi memberhentikan masa tetapi sekarang ia hanya akan memperlahankan masa. Objektif sistem baru ini dilaksanakan adalah untuk memberi lebih intense moment kepada pemain. Korang akan lebih mengalami saat-saat cemas apa ila diserang hendap atau didalam perlawanan sengit.

Disamping itu, V.A.T.S kini tidak lagi mempunyai critical pada waktu yang rawak tetapi boleh dipilih pada waktu yang sangat memerlukan.

5. Mod dari PC boleh dipindah masuk ke Xbox One!

fallout-4-raider

Ini merupakan satu berita gembira untuk pemain Xbox One khususnya. Akhirnya mod hadir buat gamer-gamer console. Namun begitu, tiada berita untuk menggunakan mod di PS4.

Tak dapat dinafikan mod memberi kesan positif kepada game seperti Skyrim hasil bantuan komuniti yang begitu aktif memberi content baru kepada game tersebut. Adakah ini akan memberi kesan yang sama kepada Fallout 4? Mari kita nantikan.

6. Ubah suai tahap melampau!

fallout-4-custom-weaponFallout 4 juga memberi penekanan dalam pengubahsuaian dalam armor dan juga senjata. Sistem pengubahsuaian yang mendalam ini memberi pelbagai kesan pro dan cons kepada item yang diubahusuai. Peminat-peminat Fallout pasti tak sabar untuk mengubahsuai senjata kegemaran mereka seperti Gauss rifle dan armor seperti Power armor.

7. Sistem leveling sudah diubah suai.

fallout-4-built-plannerSistem yang terkini didalam Fallout 4 mendapat sambutan oleh komuniti Fallout khususnya. Ini kerana melalui sistem ini, korang tidak perlu untuk membuat character baru jika inginkan perk atau stats yang berlainan. Sistem ini direka mendekati kepada sistem leveling di Skyrim yang tidak menghukum pemain jika ingin berubah kepada skill-set yang baru.

Oh ya, Fallout 4 tak akan ada level cap. Selamat berjaya dapatkan semua perk.

JomBaca: Plan Character korang sebelum Fallout 4 keluar nanti!

Comments

comments