Alami cabaran meredah bandar dalam ribut salji.

Expension ke-2 bagi The Division diberi nama Survival dan pemain akan berhadapan dengan cabaran extreme dalam ribut salji. Ia digembar-gemburkan sebagai cabaran yang lebih hebat kepada pemain-pemain veteran The Division.

Bagi mereka yang bermain di PC, The Division: Survival sudah boleh dicuba melalui sesi Public Test namun begitu Ubisoft masih belum mengumumkan tarikh bila ia akan diterbitkan untuk kesemua platform.

The Division sudah berada dipasaran pada 8 Mac 2016 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Comments

comments