Pertandingan fighting game terbesar di dunia, Evolution 2017 telah mengumumkan game-game yang bakal dipertandingkan!

Seperti tahun-tahun lepas, EVO 2017 bakal menyaksikan jaguh-jaguh fighting game dari seluruh dunia bertarung di dalam game masing-masing bagi merebut wang kemenangan yang ditawarkan dan membuktikan siapa jagoan sebenar!

8 fighting game yang diumumkan adalah:

  • Street Fighter V
  • Super Smash Bros. Melee
  • Super Smash Bros. for Wii U
  • Tekken 7
  • BlazBlue: Central Fiction
  • Guilty Gear Xrd REV 2
  • The King of Fighters XIV
  • Injustice 2

Bukan itu sahaja, jika korang menderma ke badan Make-A-Wish International, korang boleh meletakkan undian korang bagi fighting game ke-9 yang akan dipertandingkan di EVO 2017. Game-game yang terbuka untuk diundi pula adalah:

  • Pokk√©n Tournament
  • Ultimate Marvel vs. Capcom 3
  • Killer Instinct
  • Mortal Kombat XL
  • Skullgirls 2nd Encore
  • Super Street Fighter II Turbo
  • Nidhogg
  • ARMS
  • Windjammers

Game yang terpilih akan dijadikan main event semasa acara Finals nanti dengan wang kemenangan bernilai USD10,000 (~RM44,385)! Undian bakal ditutup pada 8 Februari.

Berminat untuk menyertai EVO 2017? Daftarkan diri dan dapatkan maklumat lain di smash.gg bagi EVO 2017 yang akan diadakan di Mandalay Bay di Las Vegas pada 14 – 16 Julai nanti.

Comments

comments