Lebih berhati-hati dalam membeli game.

Sumbe Gambar: Polygon

Entertainment Software Rating Board (ESRB) telah mengumumkan bahawa mereka akan menambah satu label terbaru yang bakal memberitahu kepada para pembeli bahawa video game tersebut mempunyai pembelian dalam game atau yang lebih kita kenali sebagai ‘microtransactions’.

ESRB merupakan sebuah organisasi di Amerika Syarikat yang memberikan rating kandungan kepada video game – memudahkan pengguna untuk mengetahui apakah kandungan yang terdapat dalam sesebuah game itu. Objektif utama adalah untuk memberitahu sama ada game itu sesuai untuk kanak-kanak ataupun sebaliknya.

Penambahan label terbaru ini semestinya datang selepas kontroversi yang berlaku sepanjang tahun lalu mengenai penggunaan wang sebenar untuk membeli barangan dalam game seperti loot box. Game yang paling mendapat perhatian pastinya adalah Star Wars Battlefront II.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan, ESRB kelihatan bukan sahaja memberikan label tersebut kepada loot box semata-mata, tetapi kesemua jenis pembelian dalam sesebuah game. Ini termasuklah level bonus, barangan kejutan (seperti barangan pek, loot box, ganjaran misteri), muzik, syilling maya, dan lain-lain bentuk matawang dalam game, langganan, season pass, dan upgrade (seperti menghilangkan iklan).

ESRB turut mendedahkan yang label terbaru ini akan berasingan daripada rating mereka yang biasa (T-for-Teen, M-for-Mature) dan tidak termasuk dalam itu.

 

Apa komen korang mengenai penambahan label terbaru ini? Mampukah ia mengurangkan manipulasi-manipulasi yang dicipta oleh sesetengah pembangun video game di luar sana?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.