Wahai gamers – bersedialah! Pentas esports dunia menanti korang!

“Persatuan Sukan Elektronik Malaysia / Esports Malaysia (ESM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sedang merancang untuk menghantar perwakilan negara ke Sukan Asia 2022 & Olimpik Paris 2024 nanti,’ ujar Datuk Latt Shariman Abdullah, Presiden ESM sebentar tadi di Auditorium Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Datuk Latt mengesahkan ESM dan MSN sedang mempertimbangkan acara-acara esports yang popular dan akan dianjurkan di Sukan Asia 2022 & Olimpik Paris 2024 – dan seterusnya akan mula menilai wakil-wakil esports yang berbakat untuk dibawa bertanding di acara-acara sukan bertaraf antarabangsa tersebut.

Majlis penyerahan Jalur Gemilang sebentar tadi adalah saat bersejarah buat arena esports Malaysia kerana 5 atlit esport tersebut adalah atlit-atlit esports Malaysia yang pertama menerima penghormatan sedemikian di MSN – sebaris dengan ikon-ikon sukan negara yang lain sebelum ini seperti Datuk Nicol Ann David dan Datuk Lee Chong Wei!

Atlit-atlit tersebut akan mewakili Malaysia dan bertanding di Pro Evolution Soccer 2018 2v2 Peringkat Asia di Bangkok, Thailand pada 20-21 Januari 2018, dan FIFA 2018 eWorld Cup Playoff di Barcelona, Sepanyol pada 23-30 Januari 2018 nanti.

Wakil Malaysia ke Pro Evolution Soccer 2018 2v2 Peringkat Asia

  • Ahmad Ramli bin Hamsani
  • Norameen bin Burhanuddin
  • Muhammad Khairul Amin bin Shamsudin
  • Mohd Hafeez bin Shariffudin

Wakil Malaysia ke FIFA 2018 eWorld Cup Playoff

  • Muhamad Luqman Haziq bin Hajiman

Usahasama antara ESM dan MSN ini selari dengan pengumuman Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) akan mula giat membangunkan esports sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia 2022 dan seterusnya Olimpik Paris 2024!

Persoalannya kini – adakah korang bersedia untuk mewakili negara di pentas esports antarabangsa?

Majlis penyerahan Jalur Gemilang sebentar tadi adalah saat bersejarah buat arena esports Malaysia kerana 5 atlit esport…

Posted by JomGaming on Khamis, 18 Januari 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.