ESO_05Tidak cukup dengan dunia in-game yang besar gaban untuk diterokai, Besthesda akan merelease DLC yang pertama untuk Elder Scrolls Online. Jom tengok apa yang ada untuk kipas-susah-mati game ini!
ESO_04Selepas Day-One launch dengan game bersize 54GB total (apakejadahnya??), Bethesda kembali lagi dengan announcement next DLC dalam masa terdekat!

ESO_06DLC Imperial City ini akan direlease kepada warga PC dahulu (untunglah!) pada 31 Ogos dan kemudian bagi PS4 dan XB1 pada 15 September. Ia akan available kepada gamers yang mempunyai Elder Scroll Online Plus dan juga boleh dibeli in-game dengan 2500 Crowns di Tamriel Unlimited Crown Store. Anggaran nilai DLC ini adalah sekitar RM 100.

ESO_03DLC ini juga akan memberikan korang access ke Imperial City dan juga enam district baru! Ia juga akan disertakan bersama kawasan-kawasan PVP dan PVE yang baru.

ESO_02Berikut adalah apa yang akan disertakan Bethesda dalam DLC Imperial City ini:

  • Kawasan-kawasan yang baru untuk diterokai bagi korang yang level 10 keatas.
  • Aktiviti PvP/PvE yang baru di dalam 6 kawasan Imperial City.
  • Quest dan NPC baru yang terletak dalam Imperial City.
  • 1 Imperial City PvP dungeon yang diberikan nama The Imperial Sewers.
  • 2 PvE Imperial Dungeons dengan difficulty Normal/Veteran iaitu White-Gold Tower and Imperial City Prison.
  • Sistem Tel Var Stone.
  • 23 set barang untuk Veteran Rank 16 dengan satu daripadanya berada di Imperial City.
  • Treasure Vault untuk Veteran 16 Jewelry.
  • Xivkyn racial motif style.
  • Barang-barang yang boleh dikumpul di Imperial City seperti pets, polymorphs dan kostum.

Patch yang akan datang bersama Imperial City DLC:

  • XP yang diperolehi untuk mendapat Veteran dikurangkan sebanyak 15%.
  • XP untuk public dungeons diganda sebanyak 100%.
  • XP untuk Veteran quest ditambah sebanyak 50%.
  • Lebih 20% XP di dalam Craglorn.
  • Veteran rank ditambah kepada 16.
  • Racial passive ditambah baik.
  • Mundus Stone dibuff.
  • Item sets yang sedia ada akan dibuff.
  • Crafting baru.

ESO_01

Comments

comments