Sudah bersedia untuk ESL One Genting? Kumpulkan semua rakan sepasukan DotA 2 anda sekarang!

esl-one-genting

Seperti yang kita ketahui, ESL One Genting, kejohanan ESL pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak USD250,000 akan diadakan pada 6 hingga 8 Januari 2017.

Terbaru, ESL One Genting Open Qualifiers akan berlangsung pada 21 dan 22 Oktober ini, dengan 3 rantau akan dibuka untuk kelayakan. Setiap rantau, iaitu Amerika, Eropah dan Asia Tenggara (SEA), akan membuka 512 pasukan untuk bertanding.

Manakala, para pemain dari China dan Malaysia akan mempunyai pusingan kelayakannya sendiri, dan tarikh kelayakan tersebut akan diumumkan kemudian.

ESL-One-Genting-feat

Anda boleh saksikan jadual dan segala info mengenai ESL One Genting Open Qualifiers ini di sini.

Anda boleh tonton kesemua aksi-aksi ESL One Genting ini di twitch.tv/esl_joindotared dan twitch.tv/esl_joindotablue.