Adakah anda merupakan wakil pasukan Malaysia yang layak untuk bertarung bersama pasukan-pasukan terbaik dunia DotA 2?

esl-one-genting-malaysian-open qualifiers

Di ESL One Genting pada 2017 nanti, sebuah pasukan terbaik tanah air akan dipilih melalui Malaysian Open Qualifiers yang mana dua fasa akan berlangsung. Ia bakal memberi peluang terbuka kepada mana-mana pasukan di seluruh negara untuk mempamerkan bakat sebenar mereka.

Fasa pertama akan diadakan beberapa kelayakan local LAN dan/atau kelayakan online, yang akan menentukan 13 pasukan terbaik untuk dimasukkan ke fasa kedua. Di fasa kedua pula nanti, 3 pasukan jemputan akan menunggu 13 pasukan ini, seterusnya bertarung bagi menentukan hanya satu wakil negara akan layak ke acara utama ESL One Genting.

Fasa kedua ini bakal menampilkan format kumpulan ala GSL, seterusnya double elimination bracket. Lebih menarik, di kedua-dua fasa ini, bukan sahaja anda berpeluang untuk mewakili Malaysia, malah terdapat juga hadiah kemenangan berupa wang ringgit untuk anda rebutkan.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Rebutkan peluang untuk menjadi pasukan DotA 2 terbaik Malaysia dan daftarkan pasukan anda di laman web ESL One Genting sekarang!

esl-one-genting-malaysian-open qualifiers esl-one-genting-malaysian-open qualifiers esl-one-genting-malaysian-open qualifiers esl-one-genting-malaysian-open qualifiers esl-one-genting-malaysian-open qualifiers esl-one-genting-malaysian-open qualifiers esl-one-genting-malaysian-open qualifiers

Comments

comments