Semalam menyaksikan acara Grand Finals ESL One Genting, dan juara DotA 2 pertama bagi 2017 telah pun diumumkan! Tahniah Digital Chaos!

Acara ESL One Genting 2017 menyaksikan kemaraan Digital Chaos (DC) dan Newbee melalui group stage masing-masing dengan lenggang kangkung!

Di semi final, Digital Chaos menang mudah mengalahkan Virtus.pro, dan Newbee menghadapi sedikit kesukaran menentang Wings Gaming, namun menang 2-1 akhirnya di dalam perlawanan best of 3.

Newbee

Bagaimanapun, kesian Newbee yang terus bertanding di Grand Finals selepas match bersama Wings Gaming.

Acara Grand Finals semalam dimainkan di dalam format best of 5, dan ternyata perlawanan dilanjutkan ke 5 pusingan yang benar-benar menguji kesabaran peminat-peminat kedua-dua team. Akhirnya DC membawa pulang wang kemenangan USD$125,000 dan trofi kejuaraan ESL One Genting dijulang buat kali pertamanya!

Berikut adalah highlights pusingan-pusingan tersebut daripada channel MidasHim:

Round 1.

Newbee memilih pick early game, tetapi DC pula memilih pick late game. Kami berpendapat DC seperti membuat pick yang salah ketika drafting.

Awal 30min pertama game melihat keganasan Newbee dengan 24 kills berbalas 7.

DC.Misery yang memilih Pudge cuba untuk memecahkan sinergi Newbee, tetapi Hook beliau sering gagal mencari mangsa tanpa mengorbankan diri.

Newbee.Sccc dengan pick Outworld Devourer memporak-perandakan rentak DC sehingga DC terpaksa GG di penghujung pusingan pertama.

Newbee 1 – 0 Digital Chaos

Round 2.

Newbee melakukan kesilapan dengan membiarkan DC pick fan-fave Naga Siren. DC.w33haa dengan hero Ursa menjadi farmer midlane berjaya. Nampaknya DC mengawal permainan di pusingan kedua.

Perebutan Aegis DC dimudahkan dengan Ulti pilihan Naga Siren yang membantu dominasi DC di pusingan kedua! Bagaimana pun Newbee. Sccc kembali menyamakan kills ke 14-14 dengan Ulti Ember Spirit.

DC.Resolut1on dengan Naga Siren dan DC.MoonMeander dengan Legion Commander menjalankan serangan dari Top Lane dan DC melakukan serangan split push serentak daripada Bottom Lane. Pertaruhan ini membawa hasil, apabila Newbee kelam kabut cuba untuk adapt, tetapi gagal. Match berakhir dengan GG drpd Newbee dan DC.Resolut1on sebagai MVP pusingan kedua.

Newbee 1 – 1 Digital Chaos

Round 3.

Drafting melihat Newbee memilih untuk bermain Magic game, manakala DC memilih untuk bermain Physical game. Newbee telah ban Meepo dan Naga Siren, dua heroes yang berjaya digunakan DC sepanjang tournament ini.

Tempo permainan sedikit perlahan dengan Newbee mengambil peluang dari kesilapan DC yang overpush Top dan Mid lane.

Permainan juga terhenti beberapa kali kerana lag yang dilaporkan dari kedua-dua pasukan.

DC menghadapi kesukaran untuk initiate serangan, kerana pilihan Newbee yang lebih advantageous di dalam teamfight. DC cuba memaksa beberapa serangan, tetapi kejayaan sering berpihak kepada Newbee. Pusingan ketiga berakhir dengan GG daripada DC apabila Newbee push sehingga ke throne.

Newbee 2 – 1 Digital Chaos

Round 4.

Drafting pusingan keempat menyaksikan DC pick heroes yang tertumpu kepada fast game. Newbee masih meneruskan ban ke atas Meepo dan Naga Siren.

DC.W33 memulakan pusingan dengan taunt pada Leshrac beliau, disertai sorakan para penonton.

DC bermain lebih berhati-hati, gabungan Ulti Bounty Hunter memberi Vision kepada Slark sekaligus memberi mereka beberapa peluang yang ternyata berhasil.

Kedua-dua pasukan melakukan cubaan menyerang throne tetapi acah-acah je nih.

DC.Resolut1on banyak membuka ruang dan menghasikan kekacauan dengan Slark bagi membolehkan DC mendahului 11-6 pada minit ke 25.

Akhirnya DC.Resolut1on menamatkan perlawanan dengan triple kill sekaligus memaksa Newbee untuk GG!

Newbee 2 – 2 Digital Chaos

Round 5.

Drafting pusingan kelima menyaksikan pick yang teamfight-oriented daripada DC.

Ternyata DC berjaya memporak-perandakan gameplay Newbee dengan permainan agresif dan teamfight yang sentiasa berjaya.

Permainan yang terhenti kerana lag tidak menghentikan keganasan DC yang meneruskan serangan-serangan mereka terutamanya dari DC.Resolut1on dengan Rage Lifestealer beliau yang mematikan serangan daripada Newbee yang banyak bergantung kepada magic.

Asakan berterusan sehingga DC mendahului kills pada 31-11 dan Newbee akhirnya GG pada minit ke-31.

Newbee 2 – 3 Digital Chaos

Ikuti album penuh bagi ESL One Genting 2017 di Arena of Stars! Terima kasih kepada Red Bull selaku minuman rasmi acara gemilang ini kerana telah menjemput team JomGaming!

ESL One Genting 2017 bermula hari ini. Team JomGaming berpeluang ke Arena of Stars bagi menyaksikan pertandingan DotA 2…

Posted by JomGaming on Friday, 6 January 2017

Comments

comments