Semalam kekecewaan melanda peminat DotA 2 Malaysia pada hari kedua di ESL One Genting 2017.

Brackets Group A. Sumber
Brackets Group A. Sumber

Wakil Malaysia Tumpas Di Hari Kedua ESL One Genting!

Pasukan Fnatic terpaksa mengundurkan diri daripada ESL One Genting selepas dikalahkan Team NP pada pusingan kedua Losers Bracket Group A yang bermula awal pagi semalam.

Dalam perlawanan tersebut, Fnatic kalah di pusingan pertama lalu bangkit garang di pusingan kedua. Kelihatan seperti Fnatic menemui rentak permainan tetapi akhirnya Team NP membuktikan mereka lebih handal mencari kelemahan sinergi pasukan Fnatic yang masih rapuh lalu muncul juara di pusingan kedua.

Umum mengetahui bahawa Fnatic baru sahaja membentuk roster yang baru dan masih mencari-cari chemistry sesama mereka. JomGaming mengharapkan Fnatic kembali bangkit dengan lebih gagah di masa hadapan!

Di Losers Bracket Group B semalam pula, pasukan WarriorsGaming.Unity memberikan saingan sengit kepada Execration sehingga seri 1-1 pada pusingan kedua. Bagaimanapun, Execration tidak gentar dan terus mengasak dan membaca permainan pasukan WG.Unity sehingga akhirnya memenangi pusingan ketiga.

Virtus.pro dan Wings Gaming Memenangi Perlawanan Penentuan Kumpulan Masing-Masing!

Execration dan Team NP terus mara di Losers Bracket Group masing-masing dan bertarung di dalam perlawanan berikutnya. Team NP bertemu Virtus.pro dan Execration bertemu Wings Gaming di dalam perlawanan yang menyaksikan dominasi dari Virtus.pro dan Wings Gaming!

Virtus.pro 2-0 Team NP
Wings Gaming 2-0 Execration

Hari Ketiga Di ESL One Genting 2017!

Hari ini, 8 Januari 2017 di Hari Ketiga ESL One Genting, kita akan menyaksikan pertemuan Digital Chaos bertemu Virtus.pro dan Newbee bertemu Wings Gaming.

10:30 MYT: Winners B vs. Second A (Bo3) Digital Chaos vs Virtus.pro
14:10 MYT: Winners A vs. Second B (Bo3) Newbee vs Wings Gaming
18:00 MYT: Grand Finals (Bo5)

Korang juga boleh menyaksikan livestream ESL One Genting di saluran-saluran alternatif yang lain. Untuk album gambar ESL One Genting bersama JomGaming, silalah klik link album gambar di sini.

Comments

comments