Semalam ESL One Genting 2017 bermula dengan kehadiran peminat DotA 2 dari serata dunia menyokong pasukan kegemaran masing-masing! Jom layan cerita Hari Pertama.

ESL One Genting adalah pertandingan DotA 2 pertama selepas update 7.00 – dapat dilihat pasukan mana yang berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, dan pasukan mana yang masih tercari-cari sentuhan ke arah kemenangan.

Brackets Group A. Sumber
Brackets Group B. Sumber

Newbee dan Digital Chaos Mendahului Kumpulan Masing-Masing Dengan Persembahan Yang Meyakinkan

Team Newbee. Sumber

Newbee kelihatan selesa dengan update 7.00 selepas melalui Hari Pertama ESL One Genting dengan kemenangan selesa ke atas NP dan Virtus Pro. Dengan pilihan draft yang mantap, Newbee dari China berjaya mengalahkan NP dengan 37 kills berbalas 8 dan mengalahkan Virtus Pro dengan 34 kills berbalas 2! Newbee mendahului Winners Brackets Group A di hari pertama.

Team Digital Chaos. Sumber

Selepas mengalahkan Execration di dalam perlawanan kurang daripada 30 minit, Digital Chaos berhadapan Wings Gaming di dalam satu pertembungan kembali setaraf grand finals TI6! Rakaman pertemuan mereka patut korang saksikan sekiranya korang sukakan perlawanan sengit dan pemilihan draft yang dipuji para casters sekalian. Digital Chaos pula mendahului Winners Brackets Group B di hari pertama.

Fnatic dan WarriorsGaming.Unity Perlukan Kemenangan Untuk Membuat Comeback!

Team Fnatic DotA 2. Sumber

Fnatic yang baru mengumumkan ahli-ahli baru mereka kelmarin, ternyata kelihatan kurang menyengat di dalam perlawanan pertama mereka menentang Virtus Pro. Apabila ditemuramah, Chong Xin ‘Ohaiyo’ Khoo berkata “memang mereka belum dapat berlatih bersama kerana Muhammad ‘InYourDream’ Rizky hanya tiba ke Malaysia pada Rabu yang lepas!” Bagaimanapun, Fnatic kelihatan yakin akan kebolehan mereka dan mensasarkan kemenangan Top 3 dalam acara ini.

WarriorsGaming.Unity. Sumber

WarriorsGaming.Unity pula kalah di dalam perlawanan pertama mereka menentang Wings Gaming. Pasukan WG.Unity mengejutkan ramai pemerhati DotA 2 di Boston Majors Disember lepas selepas mengalahkan Wings Gaming, mengalahkan Complexity di main bracket serta memenangi satu game daripada team OG. Bagaimanapun, di ESL One Genting, WG.Unity kembali berhadapan dengan Wings Gaming, dan Wings Gaming kelihatan bersedia menerima cabaran mereka kali ini.

Hari ini, 7 Januari 2017 di Hari Kedua ESL One Genting, kita akan menyaksikan Fnatic dan WarriorsGaming.Unity masing-masing berhadapan dengan Team NP dan Execration di Losers Brackets kumpulan masing-masing. Berikut adalah jadual perlawanan yang diatur.*

10:30 MYT: Group A Elimination Match (Bo3) Fnatic vs Team NP
14:05 MYT: Group B Elimination Match (Bo3) Execration vs WG.Unity
17:40 MYT: Group A Decider Match (Bo3) Virtus Pro vs TBA
21:15 MYT: Group B Decider Match (Bo3) Wings Gaming vs TBA

*Waktu perlawanan mungkin berubah.

Korang juga boleh menyaksikan livestream ESL One Genting di saluran-saluran alternatif yang lain. Untuk album gambar ESL One Genting bersama JomGaming, silalah klik link album gambar di sini.

Comments

comments