Fortnite merupakan kejayaan terbesar buat Epic Games, ia sangat berjaya sehingga ia mencapai tahap di mana Epic Games merasakan bahawa ia adalah game yang paling banyak dimainkan di dunia Barat. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyelebelahi Paragon.

Bagi siapa yang tidak tahu, Paragon ialah game MOBA (massive online battle arena) free-to-play yang diterima baik di konsol dan PC sejak keluarannya pada 2016. Walau bagaimanapun, Epic Games bukanlah studio yang besar, mereka hanya boleh memperuntukkan masa kepada projek yang paling berjaya.

Di subreddit Paragon, Epic telah mengaku bahawa pembangunan terhadap game tersebut telah bergerak dengan “perlahan” oleh kerana beberapa sebab.

An Open Discussion On Where We’re At from paragon

Agak mengejutkan apabila Epic Games mengeluarkan kenyataan yang boleh memberikan respon negatif oleh komuniti Paragon. Jika korang pemain Paragon, mungkin korang perlu bersabar. Ini bukanlah bermakna Epic meninggalkan terus Paragon dan studio mereka memerlukan maklum balas untuk mengetahui di mana mereka akan membawa game ini seterusnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.