EndWar Online: Bakal Pengganti Red Alert? Daftar Beta Sekarang!

Ubisoft telah mengumumkan Tom Clancy’s EndWar Online telah memasuki fasa beta terbuka yang bermakna ia sekarang terbuka untuk semua pemain!

Tom-Clancy-Endwar-Online-3Dalam ketiadaan Westwood Studios untuk membangunkan siri Red Alert ataupun Generals, mungkin ini masa yang terbaik untuk Ubisoft mencilok peluang.

EndWar Online merupakan game yang berkonsepkan free-to-play online RPG strategi. Dalam update terbaru ini, sebuah mode PvP telah dimasukkan dan ia diberi nama War Game. Mode ini membawa pemain menentang pemain lain dalam usaha menawan kawasan-kawasan tertentu dan dapatkan ganjaran yang besar.

Tom-Clancy-Endwar-Online-1Game ini giat dibangunkan oleh Ubisoft dari masa ke semasa dan dapat dilihat dalam update percubaan tertutup alpha dan beta. Buat masa sekarang, terdapat 3 faction untuk dipilih pemain yang datang dengan pilihan 80 orang komander. Game ini turut memuatkan lebih dari 90 jenis unit dan juga 84 jenis peta.

Berminat untuk mencuba beta ini? Jom create account ni sini.

Comments

comments