Dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, Microsoft akan mengeluarkan konsol terbaru iaitu Xbox One X. Sebuah versi konsol berkuasa tinggi dari Xbox One, sistem itu akan hadir pada 7 November dengan harga USD500 di Amerika Syarikat.

Walaupun Microsoft menjangkakan yang ia akan dapat dijual dengan baik, Ketua Xbox, Phil Spencer sekarang telah mengulangi bahawa model Xbox One S berkos rendah akan kekal sebagai konsol Microsoft dengan jualan terbaik untuk generasi ini.

“Xbox One S akan menjadi pendahulu pasaran untuk kami. Ianya adalah konsol yang lebih berpatutan. Ia memainkan kesemua video game yang sama.” Spencer memberitahu kepada Gamespot semasa beliau berada di Brazil Game Show. “Ia akan menjadi sebuah konsol yang laku.”

Sementara itu, Xbox One X pula ditujukan kepada pemain-pemain yang mahukan “pengalaman terbaik” dengan konsol. Walaupun tanpa 4K TV, pemain masih dapat melihat manfaat dari konsol yang telah dipertingkatkan itu dan lebih lagi. Sama seperti controller Xbox One Elite, Xbox One X bukan untuk semua orang.

Ianya semua tentang memberikan pemain pilihan, jika mereka mahu membelanjakan lebih untuk pengalaman yang lebih tinggi, mereka boleh. Ini pada asasnya, sudah menjadi setup untuk PC sejak dari mula dan sekarang konsol sedang menghampirinya. Bermula pada tahun lepas dengan PS4 Pro dan sekarang Xbox One X.

“Sama ada anda menggunakan TV 1080p atau TV 4K, anda akan mendapat pengalaman yang terbaik. Tapi ia bukan untuk semua orang. Ia seperti semasa kami membina controller Xbox One Elite, kami tidak pernah mengatakan yang ianya sesuai untuk semua orang. Jika anda perlukan controller tambahan, beli Elite. Kami telah menjual banyak controller itu. Kami tahu di dalam segmen gamingramai orang yang bermain game secara kasual dan ada juga yang bermain game sebagai hobi nombor satu.”

“Sebuah bentuk hiburan nombor satu buat mereka dan kami mahu memberikan mereka pengalaman terbaik. Saya sudah bermain game dalam 4K sebenar dengan HDR, dan ia nampak menakjubkan. Tapi tidak semestinya semua orang perlu lakukan sebegitu. Jadi kami memberikan kepada para gamer pilihan. Sama ada kami telah menolak inovasi terlalu jauh? Ia agak susah untuk lakukannya kepada gamer. Kita akan lihatnya nanti. Saya rasa sangat yakin kepada produk kami yang akan hadir ke pasaran.”

Comments

comments