Atas sebab sebuah watak dari siri League of Legends.

Pada hujung minggu lepas, sebuah mahkamah di Belanda telah memutuskan bahawa Riot Games perlu membayar pampasan kepada pemain bola sepak Edgar Davids setelah mendapati syarikat tersebut telah mengambil rupa beliau untuk disertakan dalam League of Legends. Kini, sebahagian keuntungan Riot Games hasil daripada skin tersebut perlu diberi kepada pemain bola sepak tersebut.

Pada mereka yang tidak begitu tahu mengenai League of Legends, watak yang telah dibawa ke mahkamah adalah Striker Lucian, yang jelas mengambil inspirasi daripada Edgar Davids dengan gabungan gaya rambut dan aksesori cermin matanya.

Namun begitu, terdapat beberapa peminat-peminat siri League of Legends tidak berasa puas hati kerana Edgar Davids pernah mengucapkan terima kasih kepada Riot Games telah mencipta watak yang mirip rupa beliau.

Apa pun, jom layan video antara aksi menarik Edgar Davids semasa beliau di Juventus suatu ketika dahulu.

Sumber: Het Parool.

Comments

comments