DLC Rogue One bagi Star Wars Battlefront bakal diterbitkan tidak lama lagi.

EA telah mengesahkan akan menerbitkan koleksi lengkap Star Wars Battlefront dalam Ultimate Edition yang menyatukan keempat-empat DLC iaitu Outer Rim, Bespin, Death Star dan tentu sekali Rogue One: Scarif.

Pengarah game ini, Niklas Fegraeus telah mengesahkan bahawa DLC Rogue One: Scarif akan menemui para pemain pada hujung tahun ini. Lebih menarik, watak utama filem Rogue One, Jyn Erso yang dimainkan oleh Felicity Jones turut akan ditampilkan dalam DLC ini.

DLC Rogue One: Scarif dijadualkan untuk menemui peminat pada 6 Disember untuk PC, PS4 dan Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.