Jika senarai tugas baru-baru ini adalah sebagai satu indikasi, studio EA Vancouver sedang menghasilkan game open-world Star Wars.

Senarai itu yang telah dijumpai oleh Gamespot di halaman karier dalam laman web EA Vancouver di mana mereka sedang mencari ‘lead online engineer’ yang mana akan mengetuai pasukan untuk membawakan ciri-ciri online untuk projek game-open world Star Wars.

Walaupun jawatan kerja tidak memberikan banyak maklumat dari segi spesifik tentang projek tersebut, kami tahu bahawa EA Vancouver sedang menghasilkan sebuah projek yang pada awalnya dimulakan sebagai sebuah projek Star Wars yang diarahkan oleh Amy Hennig di Visceral Games. Game itu sedang dibangunkan di seluruh studio EA di seluruh dunia dengan studio Vancouver mengetuai produksi.

Pada tahun lepas, EA telah mengumumkan bahawa projek Visceral sedang dibentuk semula dari sebuah tajuk linear kepada sebuah tajuk “yang akan menjadi pengalaman yang lebih luas yang akan membenarkan lebih banyak kepelbagaian untuk pemain, memasukkan kemampuan enjin Frostbite kami dan membentuk semula elemen utama game tersebut untuk memberikan pemain sebuah game pengembaraan Star Wars dengan lebih mendalam dan meluas untuk diterokai.”

Menurut EA, keputusan untuk menutup studio Visceral dan memfokuskan semula kepada projek adalah bukan kerana ianya adalah game single-player. Dengan VP EA, Patrick Söderlund mengesahkan semula pada bulan Oktober lepas bahawa game single-player yang memfokuskan kepada jalan cerita masih lagi menjadi sebahagian daripada masa depan penerbit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.