Khabar angin sebelum ini nampaknya adalah benar.

Electronic Arts (EA) telah mengumumkan bahawa game besar mereka akan datang, iaitu Anthem telah ditunda ke tahun 2019, membenarkan laporan sebelum ini.

Bercakap semasa laporan kewangan syarikat itu, menurut laporan IGN, EA menyatakan yang Anthem akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2019 atau suku keempat untuk tahuk fiskal 2019 itu.

EA walau bagaimanapun, bercakap kepada The Wall Street Journal, telah menegaskan yang penundaan tarikh pelancaran tersebut bukanlah kerana pembangunan game itu berada di belakang jadual, namun disebabkan mahu memberi laluan kepada game Battlefield baru yang akan dikeluarkan pada Oktober 2018.

Syarikat penerbitan itu percaya yang sebagai IP baru, Anthem perlu dikeluarkan pada waktu yang lebih sunyi berbanding waktu puncak di mana banyak game yang akan dikeluarkan pada akhir tahun.

“Ia bukan satu penundaan,” kata CFO EA, Blake Jorgensen kepada WSJ. “Orang ramai cuba membuat-buat cerita.”

EA secara tidak langsung telah mendedahkan yang Battlefield baru akan dikeluarkan pada Oktober ini, namun sebarang info lanjut mengenainya masih belum didedahkan.

Semestinya ura-ura tentang apakah tema untuk game Battlefield akan datang sudahpun berlegar-legar. Khabar angin terbaru mengatakan yang dua game Battlefield kini sedang dibangunkan – yang mana satu adalah Bad Company 3 dan satu lagi adalah tema Perang Dunia Kedua.

JomBaca: Saham EA Jatuh Selepas Muncul Berita Anthem Ditangguhkan Ke Tahun Hadapan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.