Demam game bergenre first-person shooter sedang melanda. Mampukah francais Titanfall bertahan?

titanfall-2

Bulan Oktober dan November 2016 merupakan waktu yang sangat sibuk bagi gamers yang meminati genre first-person shooter (FPS). Kembalinya siri Battlefield ke era Perang Dunia Pertama, sekuel kepada siri Titanfall dan francais Call of Duty yang kini membawa pertempuran ke angkasa Рsemuanya boleh membuatkan para peminat pening kepala untuk memilih mana satu yang perlu didapatkan.

Di sebalik demam ini, ramai peminat yang mengkritik keputusan Electronic Arts (EA) yang melancarkan Titanfall 2 ditengah-tengah di antara dua francais game FPS paling popular, Battlefield 1 dan Call of Duty: Infinite Warfare. Apatah lagi ia dibuktikan dengan jualan Titanfall 2 baru-baru ini yang dikatakan kurang memberangsangkan.

Oleh itu, terbaru, EA kini tampil menjelaskan apakah rasional mereka di sebalik keputusan tarikh pelancaran Titanfall 2 ini. Melalui CEO mereka, Andrew Wilson berkata walaupun Battlefield 1 dan Titanfall 2 memiliki sedikit persamaan, namun, kedua-dua game ini memenuhi motivasi berbeza dalam apa yang para pemain cari.

titanfall-2

“Kami merasakan terdapat 3 jenis pemain,” kata Wilson. “Mereka yang gemarkan Battlefield dan gameplay strategik yang akan membawa mereka ke arah itu; pemain yang sukakan kepantasan, gameplay kinetik dari Titanfall 2 yang akan membawa mereka ke arah itu; dan pemain yang ingin memainkan dua game shooter terbaik tahun ini dan akan membeli kedua-duanya.”

Wilson juga mengatakan bahawa perancangan mereka untuk memberikan segala DLC dan game mode secara percuma pada masa akan datang bagi Titanfall 2 telah menerima reaksi yang positif dari para peminat.

Comments

comments