Belum pun dilancarkan sepenuhnya, game ini sudah mendapat kritikan.

Star Wars Battlefront II akan dilancarkan sepenuhnya pada hari Jumaat ini. Walau bagaimanapun, bagi yang melanggan Origin Access atau EA Access, mereka sudahpun boleh bermain game ini dalam versi akses yang lebih awal.

Beberapa pemain yang telah bermain game ini ada menyatakan kekecewaannya setakat ini berkaitan sistem unlock (progression) yang digunakan dalam Star Wars Battlefront II. Seorang pemain telah mengira dan menyediakan satu jadual di Reddit, membuktikan ia mengambil masa terlalu untuk meng-unlock satu Hero.

Disebabkan pemain memperoleh kredit dalam game berdasarkan jumlah waktu yang telah dimainkan, dan bukan markah dalam satu-satu perlawanan, ia memerlukan kira-kira 40 jam permainan untuk meng-unlock Luke Skywalker yang bernilai 60,000. Hero yang paling murah pula adalah bernilai 20,000.

EA telah memberi respon kepada thread di Reddit itu. Mereka menyatakan mereka “melihat keputusan tersebut pada setiap hari” untuk masa yang diambil untuk mendapatkan kredit itu dan mereka “akan terus memperbaiki ini bagi memastikan pemain mempunyai perasaan yang bermakna terhadap ganjaran”.

Korang boleh baca jawapan EA itu di sini.

Dalam satu thread Reddit yang lain pula, seorang lagi berang dengan harga penuh sesebuah game bernilai USD80 tapi masih lagi tidak dapat bermain Darth Vader. Beliau menyatakan yang “zaman microtransactions telah menjadi terlalu melampau”.

EA turut memberikan respon kepada thread ini dengan nada yang agak sama, menyatakan bahawa “niatnya adalah untuk menyediakan pemain dengan perasaan bangga dan kejayaan apabila berjaya meng-unlock pelbagai Hero”. Korang boleh responnya di sini.

Star Wars Battlefront II akan dilancarkan sepenuhnya pada 17 November 2017 di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: EA Bawakan Kandungan Dari Star Wars Battlefront II Ke Dalam FIFA 18 Dan Battlefield 1

Comments

comments