The Rock pun dah sokong – apa tunggu lagi Blizzard?

Semalam, Terry Crews telah mengajak para peminat Overwatch untuk sama-sama menyokong beliau dalam merealisasikan impiannya untuk melakonkan suara Doomfist, karakter yang para pemain mahu Blizzard bawakan ke dalam Overwatch.

Terbaru, rakan seperjuangan beliau di arena perfileman Hollywood,¬†Dwayne “The Rock” Johnson juga senada dalam menyatakan perkara yang sama. The Rock mengatakan bahawa perkara ini disokong seratus peratus oleh beliau, serta menyatakan yang beliau telah mengenali Crews sejak sekian lama dan suara beliau sangat sesuai untuk melakonkan suara Doomfist.

Lebih menarik, tweet The Rock ini turut dibalas oleh akaun rasmi Blizzard, dengan menanyakan apakah karakter utama yang dimainkan The Rock dalam Overwatch.

Semasa artikel ini ditulis, The Rock masih belum membalas tweet dari Blizzard ini. Kami akan mengikuti perkembangan ini untuk mengetahui apakah karakter kegemaran The Rock dalam Overwatch, maka teruskan bersama artikel ini kerana kami akan mengemaskini perbualan ini.

Kepada Blizzard, tolonglah, jangan mainkan hati dan perasan kami sebegini lagi. Ambillah saja Terry Crews dan realisasikan harapan kami untuk menyaksikan Doomfist dalam Overwatch.

Comments

comments