Reddit telah melakukan kajian mereka seperti biasa dilakukan insan-insan fanatik di dalam Reddit. Nampaknya map Breath of the Wild nanti adalah sangat besar!

Seorang Redditor, /u/HylianWarrior dengan penuh dedikasi telah melakarkan peta Breath of the Wild berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada game-game sebelum ini beserta demo-demo dan map yang dipertontonkan bagi Breath of the Wild.

Apa yang menarik adalah bagaimana peta Breath of the Wild kelihatan LEBIH BESAR daripada Skyrim! Korang boleh saksikan metodologi ukuran dan map-map perbandingan yang digunakan oleh /u/HylianWarrior di Reddit.

Legend of Zelda: Breath of the Wild akan dilancarkan di platform Wii U dan Nintendo Switch pada 3 Mac 2017 nanti.

Comments

comments