Sudah bersedia untuk beraksi dalam DLC serba baru Operation Red Crow dalam Rainbow Six Siege?

rainbow-six-operator-japan-dlc-teaser

Ubisoft telah memperkenalkan dua Operator terbaru untuk game ini, Echo dan Hibana dalam dua post berbeza. Kedua-dua mereka ini datang dari CTU (counter terrorism unit) Jepun, Special Assault Teams (SAT).

Echo, atau nama sebenarnya, Masaru Enatsu adalah Operator Defender. Kelebihan yang dimiliki beliau adalah mempunyai drone yang boleh dikawal, diterbangkan dan dilekatkan di dinding. Pastinya ia bakal mengubah gameplay Rainbow Six Siege kerana sebelum ini hanya Attacker yang memiliki drone, apatah lagi drone yang digunakan Echo boleh diterbangkan dan dilekatkan di dinding pula.

Echo akan disediakan dengan SuperNova dan MP5SD4 sebagai primary weapon, serta PM9 dan P229 sebagai secondary weapon.

Hibana atau nama sebenarnya, Yumiko Imagawa adalah Operator Attacker. Kelebihan yang dimiliki beliau adalah mempunyai senjata grenade launcher yang mampu membuat beberapa lubang di dinding yang telah di-reinforced. Operator ini juga nampaknya bakal menyajikan gameplay yang serba baru kerana sebelum ini, hanya Thermite yang mampu memecahkan dinding reinforced, walaupun ia hanyalah lubang yang cuma dapat diintai dan tidak boleh dilalui.

Hibana akan ditampilkan dengan SuperNova dan Type-89 sebagai primary weapon, serta PM9 dan P229 sebagai secondary weapon.

Gameplay penuh dan maklumat lanjut mengenai DLC keempat dan terakhir dalam tahun pertama Rainbow Six Siege, Operation Red Crow serta dua Operator-nya ini akan diperlihatkan di livestream yang akan diadakan pada 12 dan 13 November ini.

Anda boleh saksikannya nanti di laman Twitch Rainbow 6.

rainbow-six-siege-red-crow

Comments

comments