Dragon Quest Heroes: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Dragon-Quest-Heroes-sceneHola gamers!!! Bile kita sebut je developer Omega Force, konfem kite tau jenis genre game yang mereka akan berikan. Hack dan slach memang tidak asing lagi bagi Omega Force.

So jom follow JomGaming review game terbaru dari mereka iaitu Dragon Quest Heroes: The World Tree’s Woe And The Blight Below.

Cerita Skit Bro Story Game Ni.

Bertempat di sebuah negara Kingdom Of Arba, manusia dan raksasa hidup dalam masyarakat yang sama dan hidup dalam aman damai. Kemudian tanpa amaran, raksasa mula menyerang semua manusia di Kingdom Of Arba.

dragon-quest-act-and-marKemudian bermulalah pergembaraan korang sebagai Royal Guard di dalam mencari apa punca raksasa bertindak sedemikian dan juga untuk mengembalikan keamanan Kingdom Of Arba seperti dulu kala.

Di permulaan permainan ini, korang akan bermain sebagai Act, seorang captain di dalam Royal Guard dan di bantu oleh seorang awek cun iaitu Mar dan juga seekor slime iaitu Homiron.

Ok, So Kite Lawan Monster Je La??

Yeah!! Memandangkan raksasa sahaja yang buat hal, so kite akan belasah semua raksasa-raksasa ini. Yang menarik di dalam Dragon Quest Heroes ini ialah combo-combo yang korang akan gunakan nanti amatlah awesome dan kejam. Libas pedang korang, berpusing-pusing di udara, dan melihat raksasa-raksasa berterbangan dek penangan combo korang memang memuaskan hati.

Dragon-Quest-Heroes-act-fightsSelain itu juga, penggunaan button untuk attack, dodge dan juga shield amatlah mudah dan senang diingati.

Ape Lagi Yang Best Bro??

Memandangkan Dragon Quest ini berkonsepkan Role-Playing Game, mestilah ade sistem upgrade. So korang boleh mengupgradekan character korang. Boleh equipkan mereka dengan senjata dan juga armor korang. Wow menarik bukan?

Dragon-Quest-Heroes-charactersSelain itu juga, lebih 12 character yang boleh korang mainkan di sepanjang quest game ini. Character-character ini bole di-unlock mengikut perjalanan quest yang korang mainkan, dan setiap character ini mempunyai kelebihan, combo yang tersendiri dan juga kuasa yang awesome!!

Ape Yang Bosan Pasal Game Ni??

Dragon-Quest-Heroes-mar-fightsOleh kerana game ini berkonsepkan hack and slash, masalah utama yang kitorang hadapi ialah sistem AI itu sendiri, minion yang tiada cabaran dan akan tiba satu ketika korang rasa seperti membuli semua raksasa-raksasa ini walaupun korang sudah berada pada quest yang jauh. Hanya Boss Fight saje yang memberikan cabaran.

Dragon-Quest-Heroes-boss-fightsKorang juga akan merasa upgrade yang korang lakukan pada character samada pada senjata, armor ataupun kuasa tidak akan memberikan impak yang besar kerana minion-minion yang korang hadapi amatlah mudah untuk di buli dan juga tidak memberikan damage yang teruk kepada korang.

SO, BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

+ Kombo-kombo yang awesome, penggunaan kuasa yang menarik akan membuatkan korang bertahan lama dalam game ini

+ Pilihan character yang banyak untuk dimainkan.

– Minion ataupun musuh-musuh yang terlalu senang menyebabkan korang akan cepat boring.

Keputusan: BOLEH BELI!!

Comments

comments