Serta saksikan gameplay terbaru melibatkan Android 16 dan Android 18.

Arc System Works telah mengumumkan akan menerbitkan edisi istimewa untuk Dragon Ball FighterZ yang dikenali sebagai CollectorZ Edition akan mengandungi item seperti:

  • 1 unit Dragon Ball FighterZ
  • Kotak penyimpanan ‘Collectorz Box’
  • Steelbook eksklusif
  • 3 art boards
  • Diorama Goku yang setinggi 18cm (dengan pewarnaan versi manga)

Studio terbabit turut mengumumkan bahawa mereka yang melakukan pre-order akan menerima akses kepada beta, 2 lobby avatar dan menerima akses awal kepada Super Saiyan Blue Goku/Vegeta.

Disamping itu, sebuah trailer baru telah diterbitkan yang memaparkan pelbagai gameplay dan cut-scene melibatkan Android 16 dan Android 18 yang pastinya disukai oleh ramai peminat siri ini.

Saksikan gameplay trailer Dragon Ball FighterZ yang telah diterbitkan di Gamescom 2018!

Dragon Ball FighterZ akan diterbitkan pada Februari 2018 untuk PlayStation 4 & Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.