Berita ini akan buat semua peminat tegar Dragon Ball semakin tidak sabar untuk mainkan game ini!

Menurut laporan Gematsu, isu terbaru Weekly Jump telah mendedahkan bahawa Super Saiyan Biru Goku dan Super Saiyan Biru Vegeta adalah antara karakter yang boleh dimainkan dalam game akan datang, Dragon Ball FighterZ. Selaini itu, Gematsu turut melaporkan dari isu terbaru V-Jump bahawa Android 16 and Android 18 akan dibawakan juga ke dalam game ini.

Super Saiyan Biru Goku boleh menggunakan “10x God Kamehameha.” Super Saiyan Biru Vegeta boleh menggunakan “Final Flash Attack.” Android 16 boleh menggunakan “Hell’s Flash” pada output maksimumnya. Android 18 boleh menggunakan “Accel Dance,” yang mana kombinasi serangan ini boleh memanggil Android 17. Ia masih belum disahkan lagi sama ada Android 17 hanya akan tampil sebagai ‘summon’ atau juga boleh sebagai karakter yang boleh dimainkan.

Karakter-karakter yang sebelum ini telah disahkan boleh dimainkan dalam game ini kelak adalah Goku, Vegeta, Gohan, Cell, Frieza, Majin Buu, Trunks, Krillin, dan Piccolo.

Weekly Jump juga mendedahkan bahawa game ini akan mempunyai story mode yang melibatkan Android 16, yang mana “pahlawan super akan tumpas satu per satu.” Ia dikatakan sebagai “sebuah kisah baru untuk Goku dan kawan-kawan yang digambarkan dalam animasi terbaik.”

Di samping itu, V-Jump pula mendedahkan bahawa dalam perlawanan online, iaitu perlawanan 3v3 yang mana setiap karakter akan dikawal oleh pemain berlainan. Dan semestinya, karakter-karakter ini akan boleh ditukar-tukar dalam masa nyata.

Dragon Ball FighterZ dijadualkan akan hadir pada awal tahun 2018 untuk PS4, Xbox One dan PC.

JomBaca: Bandai Namco Tunda Pendaftaran Closed Beta Dragon Ball FighterZ, Tapi Umumkan Tarikh Sesi Ini Akan Dijalankan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.