Setakat ini tiada lagi judul rasmi untuk Dragon Age akan datang.

Pada tahun lepas, JomGaming pernah melaporkan bahawa BioWare menjemput pencipta bersama Failbetter Games, Alexis Kennedy sebagai penulis jemputan bagi Dragon Age akan datang.

Ini bukan satu berita asing lagi BioWare sedang merancang game baru untuk siri Dragon Age tetapi sehingga kini, masih lagi tiada berita rasmi yang menunjukkan BioWare benar-benar meletakkan Dragon Age baru dalam senarai pembangunan mereka.

Namun baru-baru ini, penerbit eksekutif Dragon Age mengesahkan berita ini melalui satu tweet di laman Twitter beliau.

Mark Darrah sudah lama memegang jawatan sebagai penerbit eksekutif sejak pada tahun 2009 untuk ketiga-tiga game Dragon Age lepas sehingga sekarang dan kini, beliau juga akan mengambil tugas sama untuk Anthem iaitu sebuah game online action open-world RPG ala-ala Destiny.

Menurut Kotaku, Dragon Age baru akan menjurus kepada servis elemen “live” tetapi kami tidak ada maklumat terperinci tentang servis ”live” untuk Dragon Age akan datang. Sebelum ini, EA menwar-warkan mereka komited untuk menyediakan game berdasarkan servis microtransaction.

Ketua studio BioWare, Casey Hudson mengatakan melalui laman Twitter beliau, “Saya sedang membaca banyak maklumbalas tentang Dragon Age dan saya rasakan anda akan berasa lega untuk melihat apa pasukan kami sedang bangunkan sekarang iaitu fokus kepada karakter dan jalan cerita. Ia masih lagi awal untuk katakan apa-apa tetapi apabila kami berkata tentang ”live”, ia hanya bermaksud berkenaan rekaan game untuk memberitahu jalan cerita secara menerus selepas jalan cerita utama game itu.”

Jika anda menantikan lagi berita baru tentang Dragon Age baru, kami berdukacita memaklumkan bahawa tiada apa-apa perkara baru mengenai game RPG ini buat masa terdekat kerana BioWare sedang bersiap sedia untuk menyiapkan Anthem yang telah ditunda ke tahun hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.