dota_01

Pada 3 Ogos 2015 bertempat di Seatlle, Amerika Syarikat, sebuah pertandingan game bertaraf dunia iaitu Dota 2 telah berlangsung. Setelah berminggu-minggu pusingan

kelayakan peringkat benua, kemudian kelayakan peringkat kumpulan dan 6 hari pertarungan akhirnya Evil Geniuses (EG) team yang berasal dari Amerika Syarikat telah menjadi juara setelah mengalahkan team dari China iaitu CDEC dengan kemenangan 3-1.

Bermula sebagai pasukan pilihan, Evil Geniuses (EG) menepati ramalan dengan mengalahkan pesaing-pesaing mereka. Kelebihan mereka dilihat adalah pada draft-draft hero serta item counter yang digunakan dan juga team fight yang baik.

Dengan kemenangan ini, Evil Geniuses membawa pulang trofi TI5 dan juga wang tunai sebanyak USDĀ 6.6 Juta. Wow!!! Banyak tu.

dota_02
Team EG, dari kiri : PPD , Sumail, Universe, Aui_2000 & Fear (Kapten)

Team Malaysia juga ada menghantar wakil mereka iaitu Fnatic Malaysia, tetapi sayang sekali mereka kalah di pusingan lower bracket dan hanya mampu menduduki tangga ke 16. Walaubagaimanapun, Team Fnatic haruslah berbangga dengan pencapaian mereka kerana pasukan ini baru ditubuhkan tidak sampai 6 bulan dan dapat memasuki TI5 adalah sesuatu yang amat luar biasa.

dota_03
Team Fnatic dari kiri: kyxy, Mushi (Kapten), Kecik Imba, Ohaiyo & Johnny

Di sini juga diselitkan video yang di gelar peminat-peminat dota 2 dunia sebagai 6.6 Million Echo Slam, satu gameplay yang sangat menarik dari Team EG ketika menentang CDEC pada Grand Final :

 

ADIOS!!!

Comments

comments