dota-2-update-001

Nampaknya DotA 2 datang lagi dengan patch terbaru iaitu 6.86, dengar citer banyak pembaharuan untuk patch kali ini.

JomBaca: DotA 2: Misi Balas Dendam!! Kali Ni Di German

So jom penulis kongsikan serba sedikit perubahan dan pembaharuan yang besar di dalam patch 6.86 untuk DotA 2 ini.

1. Pengenalan watak ataupun hero baru iaitu Arc Warden

dota-2-update-002

Valve merealisasikan impian semua fan-fan yang banyak membuat permintaan untuk memasukkan hero ini ke dalam DotA 2. Arc Warden ataupun Zet merupakan antara hero di dalam DotA 1.

2.  Kemunculan Set Arcana Zeus 

Setelah memenangi vote terbanyak di dalam compendium untuk pilihan arcana set, pihak Valve telah mengumumkan set terbaru Zeus iaitu Tempest Helm of the Thundergod. Set ini telah dijual dengan harga RM150.

3.  Map Baru untuk Patch 6.86

Banyak perubahan yang di lakukan di dalam map kali ini, termasuk dengan penambahan rune baru iaitu Arcana Rune, dan juga penambahan 2 neutral creep camp.

4.  Update skill untuk 5 Hero 

5 Hero yang mengalami perubahan dari segi skill ialah Doom, Riki, Void, Lone Druid dan juga Death Prophets. Di harap perubahan ini akan mengembirakan pemain-pemain DotA 2 sekalian.

5. Penambahan Item Baru

Penambahan 4 item baru ini, penulis nampak macam bagi kelebihan pada sesetengah hero je. Tapi tu pandangan awal penulis je. Kita try main dan tengok macam mana hasilnya nanti.

JomBaca: Dota 2 : The International Dota 2 2015 (TI5)

So, guys itu antara update di dalam Patch 6.86, ada banyak lagi update yang terdapat pada Dota 2 kali ini dan sebarang info dan maklumat korang boleh la klik kat sini –> Patch 6.86

ADIOS!!

Comments

comments