Ingatkan filem adaptasi ini telah dibatalkan, ya tak?

Pada bulan Mac tahun lalu, kita telah mengetahui bahawa filem adaptasi daripada video game Sleeping Dogs sedang dibikin – yang mana ia bakal dibintangi oleh pelakon terkenal, Donnie Yen. Namun, sejak itu, tiada sebarang info lanjut kita ketahui.

Akhirnya, terbaru, pelakon yang cukup popular dengan filem Ip Man dan yang turut membintangi Rogue One: A Star Wars Story itu telah mendedahkan yang filem Sleeping Dogs masih lagi dalam pembikinan. Katanya melalui Instagram, “sesuatu yang hebat memerlukan masa yang agak lama.”

Beliau dijangka memegang teraju utama dalam filem ini nanti, iaitu sebagai watak pegawai polis yang sedang dalam undercover, Wei Shen.

Sejak diumumkan pada tahun lalu, ia menjadi satu topik yang begitu sunyi daripada sebarang berita. Lebih-lebih lagi, apabila sehingga kini, pengarah untuk filem ini masih belum diumumkan.

Ramai yang menganggap filem ini telah berhenti daripada pembikinan. Apa-apa pun, sama-sama kita berharap agar ada lagi berita baru yang membawakan perkhabaran gembira tentang filem adaptasi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.