Donald Trump pun gamer ke?

Gambar sekadar hiasan.

Beberapa hari lalu, Presiden ke-45 Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengumumkan penghantaran jet pejuang F-52 ke Norway sebagai isyarat untuk memperkukuhkan pertahanan di Eropah Utara. Tapi sebagai seorang peminat siri game Call of Duty, mesti korang akan perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan model jet pejuang itu.

Yup, F-52 merupakan sebuah model jet pejuang rekaan yang terdapat dalam Call of Duty: Advanced Warfare.

Presiden Trump membuat pengumuman itu pada hari Rabu lalu semasa persidangan dengan Perdana Menteri Norway, Erna Solberg, menyatakan yang Amerika Syarikat telah memulakan penghantaran jet rekaan itu, bersama-sama dengan sebuah lagi jet pejuang yang sebenar, iaitu Lockheed Martin F-35 Lightning II, ke Norway pada November lalu.

“Pada November, kami telah memulakan penghantaran beberapa jet pejuang F-52 dan F-35 yang pertama,” kata Trump. “Kami mempunyai sejumlah 52 dan mereka telah menghantar beberapa daripadanya lebih awal daripada jadual.”

Model rekaan jet pejuang F-52 pernah muncul dalam story campaign Call of Duty: Advanced Warfare dalam satu misi yang menugaskan pemain untuk menyerang pasukan musuh di “New Baghdad”.

Kesilapan model ini mungkin disebabkan tersasulnya Donald Trump apabila menyebutkannya memandangkan beliau membaca model ini daripada kenyataan yang telah disediakan.

Sama ada ia merupakan sesuatu yang tersasul oleh mulut Presiden yang penuh kontroversi itu ataupun beliau sememangnya peminat tegar siri Call of Duty, itu beliau dan tuhan sahaja yang tahu.

Sumber: Kotaku

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.