Drama usik-mengusik tentang siri Red Dead nampaknya menjadi semakin menarik dengan laporan terbaru ini. 

red-dead-tease-02

Kelmarin dan semalam, Rockstar telah mengusik para peminatnya dengan dua gambar yang sememangnya telah menggongcangkan hati dan perasaan peminat setia siri Red Dead. Terbaru, nampaknya domain reddeadonline.com telah didaftarkan oleh penerbit siri Grand Theft Auto dan Red Dead, Take-Two.

Lebih menarik, apabila kita pergi ke laman reddeadonline.com, ia akan redirect ke laman web rasmi Rockstar yang terus memaparkan gambar yang telah mereka muat naik sebelum ini.

red-dead-tease

Bilakah Rockstar akan mengumumkan apakah game seterusnya yang akan didedahkan? Sama-sama kita nantikan!