DLC ini akan mengutarakan map, senjata, Titan kit dan pelbagai lagi!

titanfall-2-00

DLC percuma ini diberi nama “Angel City’s Most Wanted” dan bakal diterbitkan dan berikut adalah update yang bakal diterima oleh semua pemain Titanfall 2.

  • Angel City map: Map kegemaran ramai dari siri asal Titanfall
  • Wingman Elite Pistol
  • Titan Kits: Ubahsuai Titan dengan kit-kit baru ini
    • Ion: Refraction Lens
    • Scorch: Scorched Earth
    • Northstar: Threat Optics
    • Tone: Burst Loader
    • Legion: Hidden Compartment
    • Ronin: Phase Reflex
  • Pilot Execution: Inner Pieces
  • Stats screen
  • FAQ menu
  • In-game store

Seperti yang dapat dilihat, update terbaru kali ini mewujudkan in-game store; yang akan membenarkan pemain membeli barangan-barangan premium. Namun begitu, pemain tidak perlu kuatir kerana menurut Titanfall blog, kesemuanya hanyalah barangan kosmetik dan tidak akan mempengaruhi sebarang gameplay.

titanfall 2 03

Respawn juga menyatakan mereka tidak akan meletakkan sebarang sistem rawak (RNG) seperti loot boxes dalam in-game store ini. Jika ada item yang anda minat, anda beli. Seringkas itu.

Studio tersebut turut menyatakan bahawa pelbagai rancangan akan dibawa ke Titanfall 2 seperti game modedouble XP weekends dan sistem clan akan dibawa kelak.

DLC Angel City’s Most Wanted akan mula diterima bagi mereka yang melakukan pre-order Titanfall 2 pada 30 November dan diterima untuk semua pemain pada 3 Disember.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.