Manfaat untuk Premium Pass dalam Battlefield 1 nampaknya bakal menemui titik penghujungnya.

DLC terakhir untuk Battlefield 1, digelar Apocalypse, bakal ditampilkan kepada pemain yang melanggan Premium Pass pada Februari ini nanti. DLC ini akan membawakan lima map baru.

Map-map yang bakal dibawakan itu ialah Passchendaele, Caporetto, River Somme, Razor’s Edge dan London Calling. Lebih menarik, Razor’s Edge dan London Calling ialah dua map eksklusif untuk gamemode serba baru, iaitu Air Assault – membawakan pertempuran hanya di udara.

Selain itu, antara senjata yang diperkenalkan dalam DLC ini adalah parang, 6 senjata api (setakat ini hanya Chauchat-Ribeyrolles SMG baru didedahkan), serta gajet baru seperti AA Rocket Gun. Kenderaan baru pula ialah dua bomber baru iaitu Hansa Brandenburg GI dan the Airco DH10.

Korang boleh layari laman rasmi untuk DLC Apocalypse ini di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.