Berita gembira untuk peminat kedua-dua siri tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa siri Assassin’s Creed dan Final Fantasy adalah antara siri yang paling mendapat perhatian. Kini, Ubisoft dan Square Enix telah mengumumkan kolaborasi antara dua siri tersebut dan bakal menerbitkan sebuah DLC percuma untuk pemilik-pemilik Final Fantasy XV yang dikenali sebagai Assassins’ Festival.

Pada 30 Ogos nanti, sebuah kostum bertemakan Assassin bakal diterbitkan khas untuk watak Noctis dan pada 31 Ogos pula, DLC Assassins’ Festival pula akan diterbitkan. DLC ini akan mengetengahkan kebolehan menyelinap seperti siri Assassin’s Creed.

Saksikan video pengumuman Assassins’ Festival dibawah.

Kami menjangkakan kita bakal melihat DLC bertemakan siri Final Fantasy dalam keluaran Assassin’s Creed terbaru iaitu Assassin’s Creed Origins kelak.

Sumber: Ubisoft

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.