Hasil permintaan peminat-peminat siri Gravity Rush, pihak developer akan menyediakan sebuah DLC khas untuk menceritakan kisah Raven!

Baru sahaja diumumkan, peminat-peminat berpeluang mendalami kisah Raven dalam DLC yang dinamakan The Ark of Time – Raven’s Choice. Apa yang lebih menarik, DLC percuma ini adalah hasil permintaan komuniti Gravity Rush yang kebanyakkannya meminati watak Raven!

Saksikan aksi gameplay Gravity Rush 2 beserta temubual bersama developer yang telah dikongsi oleh PlayStation Japan baru-baru ini.

Gravity Rush 2 bakal diterbitkan pada 20 Januari manakala DLC The Ark of Time – Raven’s Choice yang masih lagi dalam proses penyiapan dijadualkan untuk menemui peminat pada bulan Mac nanti.

Comments

comments