Divinity: Original Sin Enhanced Edition: Video Gameplay Mantap Untuk Console

Larian Studios benar-benar ingin melakukan terbaik untuk siri Divinity mereka. Setelah mendapat pelbagai award di PC, kini mereka bercadang untuk mengganas di console pula!

divinity-original-sin-char-creationVideo terkini dari mereka memaparkan betapa detail dan mudah untuk bermain Divinity di console. Pujian harus diberi kepada mereka kerana telah design controls yang intuitive kepada gamepad. Video tersebut juga menunjukkan bagaimana korang boleh menggabungkan skills dan spells yang boleh digunakan untuk menewaskan musuh.

Divinity: Original Sin Enhanced Edition akan berada dipasaran bermula 27 Oktober 2015. Ia boleh didapati untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Oh ya, bagi mereka yang sudah memiliki game tersebut akan menerima DLC ini secara percuma. Larian Studios, you guys are awesome! ­čÖé

Jangan lupa baca ni: Divinity: Original Sin Bakal Mengganas Di Console!

divinity-original-sin-combat

Comments

comments