PUBG kini telah dicantas oleh keluaran terbaru dari Larian Studios.

Nampaknya Divinity: Original Sin 2 telah mendapat sambutan hangat di Steam, suatu yang pastinya tidak mengejutkan memandangkan siri asal telah berjaya mencuri hati ramai peminat-peminat RPG daripada Barat.

Apa yang lebih menarik, ia juga telah berjaya memotong PUBG dalam kategori Top Sellers di Steam.

Divinity: Original Sin 2 kini sudah boleh didapati untuk PC dan kami yakin versi konsol bakal tiba tidak lama lagi, sama seperti sebelum ini.

Comments

comments