Sebuah set-top box yang disasarkan untuk golongan kanak-kanak dan ibu bapa.

Sumber: IGN

Disney mengumumkan bakal melancarkan sebuah set-top box terbaru yang bakal membenarkan pengguna melakukan streaming media dan bermain game-game Android yang terdapat dalam dunia Disney. Bakal dipanggil dengan nama Disney Kids TV, ia dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2017.

3 tema bakal ditampilkan dalam sistem ini semasa pelancaran, iaitu Frozen, The Avengers dan Disney Kids. Ia bakal membawakan filem-filem, rancangan televisyen dan game. Selain itu, ia turut dilaporkan berupaya memuatturun apa sahaja yang terdapat di Google Play Store. Lebih menarik, ia juga menyokong resolusi 4K.

Set-top box ini akan dijual dengan harga USD99 (~RM442). Sebuah controller berjenama Disney turut dijual secara berasingan dengan harga USD39 (~RM174). Walau bagaimanapun, controller ini dikatakan tidak wajib dibeli untuk bermain game di sistem ini kerana mana-mana controller yang memiliki Bluetooth boleh digunakan.

Comments

comments