Dishonored, hasil reka cipta oleh Arkana Studios, dikeluar pada tahun 2012. Pada masa itu, saya adalah peminat setia siri Assassin Creed dan juga sedang seronok menjadi stealth archer dalam game open-world Skyrim.

Saya tertarik dengan konsep Dishonored sebab ia mengandungi pelbagai tema; first-person stealth, seni sihir, dan aksi pengembaraan. Sememangnya, game Dishonored langsung tidak mengecewakan saya. Dari misi pertama sampai akhir, terbukti bagaimana game ini telah memenangi lebih dari 100 jenis anugerah action adventure.

dis2bbobb-02

Fast forward ke tahun 2016 dan keluarlah sekuel-nya, Dishonored 2. Bolehkah game kedua mencapai kecemerlangan game pertama? Jom layan review Dishonored 2, Boleh Beli or Boleh Blah!?

Dunia Ini Adalah Milik Korang

Apa korang nak buat apabila tiba orang yang tidak dikenali menyatakan semua milik korang menjadi milik dia? Rampas balik dengan segera!

15 tahun sudah berlalu sejak pembunuhan ibu Emily, Empress Jessamine. Tiba-tiba munculnya seorang ahli sihir, Delilah Copperspon, yang mengaku dialah permainsuri sebenar dan mahu menuntut takhta Empress of the Isles. Dengan serangan surprise attack, dia dan kumpulan pengawal Duke of Serkonos dapat menyekat pasukan askar istana dan mengepung bilik takhta.

Ada dua watak utama yang korang boleh pilih; Corvo Attano atau Emily Kaldwin.
Ada dua watak utama yang korang boleh pilih; Corvo Attano atau Emily Kaldwin.

Sini korang boleh pilih antara dua watak utama; Empress Emily Kaldwin atau bapanya, Corvo Attano, pengawal peribadi diraja dan hero dari game pertama. Secara am, kedua-dua kempen jalan cerita adalah lebih kurang sama. Tetapi elok juga korang pertimbangkan siapa nak dimainkan sebab Dishonored 2 tidak ada pertukaran watak selepas pembukaan cerita prolog.

Dari situ, korang mesti bergerak secara sulit ke bandaraya Karnaca, ibu negeri di pulau besar Serkonos, demi mencari jalan untuk menyelesaikan situasi sukar ini. Tidak juga dilupakan bahawa dunia pengembaraan Dishonored 2 akan berubah dengan ketara berdasarkan cara playstyle korang, lebih-lebih lagi mengikut siapa yang korang membenarkan hidup atau mati.

Bandar Karnaca juga dikenali sebagai 'the Jewel of the South'.
Bandar Karnaca juga dikenali sebagai ‘the Jewel of the South’.

Setiap Pilihan Membawa Tindakan dan Akibat

Siri game Dishonored pernah dikatakan sebagai pewaris genre game klasik Thief, dengan beberapa elemen lebih kurang sepadan dengan Bioshock dan Deus Ex. Ia mengkhaskan gamer bergerak dalam tempat-tempat tersembunyi, gunakan taktik bayangan untuk menyorok, memanipulasi keadaan persekitaraan untuk mengelirukan perhatian musuh, dan bersenjatakan beberapa ciri kuasa ajaib untuk menghadapi misi.

Korang juga boleh mengumpul atau mencipta beberapa kraftangan ajaib Bonecharms.
Korang juga boleh mengumpul atau mencipta beberapa kraftangan ajaib Bonecharms.

Seperti game pertama, kempen jalan cerita Dishonored 2 adalah linear dan berterus-terang tetapi jalan untuk mengejar objektif ada pelbagai cara. Perubahan keadaan sepanjang kempen single-player ini bergantung kepada empat asas utama:

  • Assault: jika style korang jenis yang berani berlawan dengan musuh secara terbuka
  • Stealth: jika korang lebih mementingkan gerak-geri secara sulit dan membuat serangan secara mendadak
  • Lethal: jika korang tidak mengira rakan atau lawan, semua penghalang patut dihukum bunuh!
  • Nonlethal: jika korang berasa simpati pada rakyat empayar dan cuba mengurangkan pertumpahan darah
Jika playstyle korang melebihkan gaya Assault, jangan lupa beli upgrades untuk pedang dan pistol!
Jika playstyle korang melebihkan gaya Assault, jangan lupa beli upgrades untuk pedang dan pistol!

Aspek terbesar yang membentuk game Dishonored 2 adalah kebebasan pilihan. Kadang kala ada terbaca keratan dari dalam buku atau tersempak dan mengintai perbualan sekumpulan penyamun. Interaksi dengan dunia game seperti ini boleh membuka jalan objektif yang alternatif atau infomasi teliti tentang sifat musuh. Tetapi setiap jalan objektif mempunyai kesan akibat tindakan. Kesan ini boleh terlihat dalam seksyen kemudian di misi sama atau dalam misi kemudian.

Adakah korang akan membalas dendam kepada kesemua musuh-musuh utama? Ataupun korang akan menghina mereka, menjatuhkan kuasa dan maruah tetapi membiarkan mereka masih hidup? Sanggupkah korang menghapuskan empayar untuk merampas balik takhta?

Pandangan Pertama Seni Grafik

Gaya seni asli karakter dan latar belakang Dishonored 2 adalah salah satu ciri paling jelas yang boleh dikenal pasti. Konsep bentuk bandar dan warga kota adalah diilhamkan dari zaman Victorian England dengan beberapa elemen yang menyerupai gaya steampunk. Meneroka di mana-mana kawasan Karnaca adalah bagaikan menjelajah dalam alam lukisan klasik Renaissance. Setiap sudut persekitaraan ada tersembunyi cerita tersirat.

Ada beberapa barang bernilai yang boleh bertukar menjadi mata wang, seperti lukisan watak misteri ini.
Ada beberapa barang bernilai yang boleh bertukar menjadi mata wang, seperti lukisan watak misteri ini.

Contohnya, bangkai ikan paus yang terdampar di tepi perlabuhan oleh kerana nelayan-nelayan sedang berunding dengan pihak berkuasa berkenaan kenaikan cukai. Jika korang berperasaan dermawan, pengemis yang bersandar dilorong gelap ada dua atau tiga infomasi menarik. Ada juga beberapa rumah flat bertingkat telah dikunci rapat sebab dipenuhi dengan sarang-sarang nyamuk ganas bloodflies.

dis2bbobb-09

Tambah-tambah lagi koridor ketat yang tak tentu hala, tikus berkeliaran, halangan elektrik wall of light yang dikuasai oleh minyak ikan paus atau kipas angin, keratan surat khabar yang dilekat di dinding, dan juga gantungnya gambar-gambar propaganda yang mengalu-alukan kebangkitan Empress Delilah.

Ciri-ciri kecil seperti ini amat menarik perhatian korang ke dalam dunia sebagai watak protagonis, menambahkan lagi suasana immersif bila korang giat memanjat atas bumbung bangunan atau mengintip di sekitar sudut jalanan.

Main Cara Gaya Sendiri

Satu lagi peranan penting dalam Dishonored 2 adalah kuasa sihir yang ditawarkan oleh entiti misteri yang bernama the Outsider. Justeru korang mendapat beberapa kebolehan ajaib seperti melompat ke tempat paling tinggi, bergerak sebagai makhluk bayang-bayang hitam, atau merasuk badan tikus untuk sedut masuk lubang udara yang kecil.

Selain dialog dan sudut interaksi yang berlainan, Emily dan Corvo juga mengendalikan kuasa sihir yang berbeza dari satu sama lain (kecuali kuasa Dark Vision).

Kuasa Far Reach membolehkan Emily mencapai mana-mana kawasan tinggi dengan senang.
Kuasa Far Reach membolehkan Emily mencapai mana-mana kawasan tinggi dengan senang.

Kuasa Emily amat mencerminkan peranannya sebagai seorang ketua empayar. Antaranya adalah kuasa Mesmerize yang mengalihkan perhatian orang ramai ke tempat pandangan lain dan kuasa Doppelganger yang menciptakan satu makluk halus sementara yang menyerupai muka Emily dan boleh menyekat serangan musuh.

Kuasa Corvo pula agak menunjukkan statusnya sebagai orang asing di antara warga kota Dunwall. Kuasa Possession adalah keupayaan untuk merasuk mana-mana manusia atau binatang dan bergerak bebas tanpa dikesan. Manakala kuasa Bend Time membolehkan dia menghentikan masa untuk seketika waktu supaya dapat memanipulasi persekitaraan atau melarikan diri dengan lebih pantas dari tempat berbahaya.

Kuasa Dark Vision amat berguna untuk mengkaji kedudukkan dan gerakan musuh.
Kuasa Dark Vision amat berguna untuk mengkaji kedudukkan dan gerakan musuh.

Semua misi dalam Dishonored 2 memang penuh dengan dua atau tiga lubang rahsia dan laluan tersembunyi. Korang boleh menghabiskan berjam-jam meneroka, sebagai mana-mana watak, tetapi akan selalu terasa mungkin terlepas sesuatu. Kadang-kadang korang akan tersempak dengan detail maklumat yang hanya boleh terjumpa jika menjadi penganas yang agresif. Jika korang bergerak sebagai penceroboh sulit, mungkin detail berlainan akan dijumpa, ataupun tiada detail langsung.

Elok menyiasat ciri-ciri penting tentang sasaran musuh sebelum bertindak.
Elok menyiasat ciri-ciri penting tentang sasaran musuh sebelum bertindak.

Contohnya, misi Clockwork Mansion, tempat kediaman Kirin Jindosh yang bagaikan kubu pertahanan dengan banyak bilik yang boleh berubah bentuk. Mungkin ada dua, tiga, ataupun enam cara jalan masuk berlainan, jika korang lebih teliti. Masuk ikut tingkap, masuk dari lorong bawah tanah, atau masuk dengan serangan serbu di pintu depan, berhadapan dengan geng musuh.

Sasaran musuh Kirin Jindosh telah membina pasukan tentera robot untuk menjaga rumahnya.
Sasaran musuh Kirin Jindosh telah membina pasukan tentera robot untuk menjaga rumahnya.

Ataupun tak payah masuk kubu bangunan langsung, tetapi menggunakan umpan bagi mendorong Kirin Jindosh untuk keluar ke kawasan terbuka. Setiap ruang direka supaya dapat menyokong pelbagai playstyle.

Beberapa Sebab Mungkin Kurang Minat

Semasa review ini ditulis, ada dilaporkan dari beberapa feedback dari gamer lain mengesahkan bahawa game versi PC terdapat beberapa isu-isu kurang elok, seperti frame-rate agak kerap jatuh atau tiba-tiba terkena lag atau hitching di masa pertarungan dengan sekumpulan musuh. Dengan itu, Arkane Studios telah mengeluarkan update terbaru, patch 1.2, untuk membaiki isu-isu tersebut serta membuka graphic settings yang memberikan gamers pilihan untuk mainkan game dalam 30fps atau 60fps.

Dishonored 2 amat menggalakkan korang memainkan kempen lebih dari sekali untuk merasai pengalaman sepenuhnya. Dengan hanya 9 misi dalam kempen single-player, mungkin ada gamers terasa game ini agak cepat sangat boleh dihabiskan. Terutamanya kepada gamers yang lebih suka bermain secara agresif. Struktur peta misi yang linear juga membuatkan ia senang untuk meneka pergerakan A.I. musuh.

Hmmmm, nak menolong rakyat ditahan atau biarkan sahaja? Nak bertindak sekarang atau tunggu sampainya leftenan pasukan?
Hmmmm, nak menolong rakyat ditahan atau biarkan sahaja? Nak bertindak sekarang atau tunggu sampainya leftenan pasukan?

Walaupun seronok untuk cuba menganggap kemungkinan kesan yang akan berlaku, pemilihan antara gaya main secara low chaos atau high chaos tidak seberapa menunjukkan kesan akibat moral yang benar-benar terasa bercanggah. Malah, kesimpulannya agak boleh diramalkan. Buat baik, bandar Karnaca menjadi maju; buat jahat, bandar Karnaca akan menjadi binasa.

Stealth Action Adventure Yang Boleh Beli or Boleh Blah!?

Dishonored 2 terbina dari asas kukuh yang membentuk game pertama tetapi juga membawa banyak konsep gameplay yang berasa seronok dan mencabar. Sama ada korang bergerak bagaikan hantu atau menyeru serangan kepada pihak musuh, game ini menawarkan pelbagai pengalaman unik. Dengan buktinya kemenangan Dishonored 2 baru-baru ini di anugerah The Game Awards 2016, hasil reka cipta asli Akane Studios ini memang layak dikira antara game yang bertahap tinggi dalam genre stealth action-adventure.

Korang akan menggunakan alat peranti yang sangat unik dalam misi 'A Crack in the Slab'.
Korang akan menggunakan alat peranti yang sangat unik dalam misi ‘A Crack in the Slab’.

+ Struktur peta misi yang sangat menarik. Setiap sudut bagaikan hasil krafttangan yang teliti.
+ Gameplay yang amat dinamik dan menyeronokkan. Juga berpeluang untuk bermain tanpa menggunakan kuasa sihir dari the Outsider.
+ Asas reka bentuk game menggalakkan gamer untuk kembali bermain semula dan membuat eksperimen pelbagai cara untuk melepaskan misi.

 Mungkin akan terasa agak pendek jika hanya berminat untuk memainkan satu jalan playthrough dengan satu karakter sahaja.
 Jalan cerita agak senang diramalkan; Emily dan Corvo tidak menunjukkan banyak pembangunan sebagai watak utama di sepanjang kempen, kecuali kalau dimainkan secara high chaos.

Comments

comments