Harini JomGaming nak memperkenalkan seorang lagi writer-jemputan terbaru kitorang, Afiq Phirinko yang juga akan membuat liputan gameplay dan review bagi game-game bergenre JRPG! Ini adalah artikel review pertama dari beliau! Jom layan!

Dalam review ini, saya akan review game Disgaea 5: Alliance of Vengeance. Ada banyak yang best tentang Disgaea 5, tapi kalau nak cerita semua, memang boleh buat novel lah hahahah. Jadi, saya akan tekankan point yang saya rasa dapat menarik minat peminat Disgaea yang veteran dan juga newcomers. So jom tengok, Disgaea 5: AOV, Boleh Beli or Boleh Blah!?

Mula-mula, kite lihat synopsis cerita game ni dulu..

Untuk sinopsis, cerita ini bermula dengan Killia, watak utama dalam game ni mencari Demon Emperor Dark Void untuk tujuan membalas dendam atas kematian yang disayangi. Kemudian, Killia bertemu dengan Seraphina yang sedang bertarung dengan Lost Army, tentera-tentera Dark Void. Lost Army ini telah memporak-perandakan banyak Netherworld, di mana ianya ibarat planet bagi demon-demon di dalam game ini, di mana Killia dan watak-watak lain juga tergolong dalam golongan demon-demon ini.

Lost Army telah menyerang banyak Netherworld, dengan tujuan untuk menakluki kesemua Netherworld yang wujud dan mewujudkan satu utopia bagi semua demon. Oleh itu, Killia, Seraphina dan lain-lain bertarung dengan Lost Army supaya mereka dapat memelihara keadaan Netherworld mereka.

Selepas Killia berjaya menghapuskan sebahagian tentera Lost Army, Seraphina membuat keputusan untuk mengambil Killia sebagai hamba (kononnya) dan daripada itu, mereka berusaha untuk mencari rakan-rakan lain demi menghapuskan rejim kuku besi Dark Void. Lihat video di bawah untuk melihat sedikit permulaan cerita dalam game ini.

Apa yang kureng pasal Disgaea 5?

First thing first, setiap benda dalam dunia ni tak boleh lari daripada kelemahan, dan Disgaea 5 juga mempunyai kelemahan-kelemahan yang tertentu. Kelemahannya yang pertama, plot cerita yang agak mudah dilupai dan klise.Walaupun ianya mengambil laluan yang lebih serius berbanding siri sebelumnya dalam aspek penceritaan, namun begitu ianya mempunyai kurang impak jika hendak dibandingkan dengan siri sebelumnya dan secara dasarnya, ceritanya tampak biasa dan tiada apa-apa yang betul-betul boleh menarik perhatian.

Selain daripada itu, lakonan suara Bahasa Inggeris tidak begitu sedap untuk didengari. Walaupun pengetahuan bahasa Jepun saya macam takde langsung, tapi ianya masih memberi saya ketidakselesaan semasa bermain. Nasib baiklah ada dual-audio, saya cadangkan tukar audio kepada bahasa Jepun cepat-cepat supaya tak sakit kepala dengar lakonan suara yang kurang mantap.

Perkembangan karakter-karakter dan dialog yang menarik!

Namun begitu, game Disgaea 5 ada banyak kelebihannya. Pertama sekali, perkembangan karakter-karakter dalam game ini cukup AWESOME !! Terdapat 6 karakter utama, iaitu, Killia, Seraphina, Red Magnus, Christo, Zeroken dan Usalia. Sepanjang perjalanan cerita di dalam game ini, saya dapati setiap karakter mengalami perubahan yang positif yang membolehkan karakter tersebut menjadi lebih kuat daripada segi personality dan juga kekuatan mereka.

Sebagai contoh, Killia pada mulanya tidak menyukai untuk bertindak secara berkumpulan. Namun begitu, setelah beliau berada dalam kumpulan sepanjang cerita game ini, beliau mula menghargai rakan-rakannya dan dapat mengatasi dilemma yang dihadapi sepanjang game ini berlangsung. Saya tidak akan pergi dengan lebih mendalam tentang ini kerana ianya akan menjadi spoiler bagi yang belum main game ini.

Di samping itu, dialog-dialog yang ada di dalam game ini juga boleh membuatkan anda tidak kering gusi. Walaupun game ini lebih serius jika dibandingkan dengan siri sebelumnya, mereka masih berjaya meletakkan dialog-dialog yang santai dan lucu sepanjang perjalanan game ini, sama ada melalui deskripsi item, dialog di dalam cerita utama, ataupun skit.

Saya rekomen agar sentiasa tengok skit (babak pendek yang mengandungi interaksi antara karakter yang kebiasaanya lucu) yang ada supaya anda dapat menghayati personaliti setiap karakter dan dapat memahami jalan cerita dengan lebih mendalam.

 Contoh Skit

Gameplay yang terbaik bagi siri ini!

Seterusnya, kita pergi ke aspek paling penting dalam sesebuah video game, iaitu gameplay. Secara asasnya, gameplay untuk game ini adalah anda diberikan dalam 10 unit untuk satu map. Dari situ, anda perlu keluarkan setiap unit dan gerakkan mereka mengikut jumlah step yang tersedia bagi setiap unit dan gunakan serangan biasa ataupun skil untuk menghapuskan musuh. Secara asasnya, macam turn-based RPG, tapi lebih strategik dan bebas daripada genre tersebut.

CV9KemNUsAAj33s

Yang menjadikan game ini lain daripada yang lain ialah anda bebas untuk melakukan sebarang customization bagi setiap karakter. Setiap karakter ada mastery bagi senjata-senjata yang mereka boleh gunakan dan anda boleh gunakan mana-mana senjata yang ada. Namun begitu, sebaiknya gunakan senjata mengikut gred weapon mastery mengikut kelas kerana setiap kelas mempunyai tahap kelebihan weapon mastery yang tersendiri.

Sebagai contoh, kelas Warrior mempunyai gred B untuk pedang, manakala kelas Cleric mempunyai gred D. Semakin tinggi gred itu, semakin mudah untuk kelas untuk mempelajari skil untuk senjata tersebut. Dengan itu, ianya lebih baik untuk gunakan kelas Warrior sekiranya anda mahu lahirkan unit yang mahir dengan skil pedang. Jadi, dengan mengambil kira faktor gred weapon mastery, anda boleh lakukan apa sahaja, sama ada anda mahu mempunyai unit yang menggunakan pelbagai senjata, ataupun unit yang mengunakan hanya satu senjata.

Anda juga boleh membeli evilities ataupun secara ringkasnya, skil asas untuk meningkatkan kekuatan karakter anda ke tahap maksima. Tambahan pula, anda juga dapat memasuki Item World, di mana korang dapat masuk ke dalam random dungeon untuk farming dan tingkatkan level item anda dengan membunuh semua musuh dalam satu map.

Selain daripada itu, siri Disgaea tidak asing lagi dengan max level yang mencecah lvl 9999! Jadi, anda sentiasa akan menemui cabaran-cabaran yang bersesuaian dengan tahap kekuatan anda, menjadikan anda rasa masyuk untuk menaikkan stats karakter-karakter anda ke tahap yang lebih tinggi supaya anda dapat menghadapi pelbagai cabaran yang ada.

Di samping itu, terdapat beberapa perubahan kecil yang dilakukan jika dibandingkan dengan siri-siri sebelumnya dari siri ini yang menjadikan gameplay game ini ibarat mimpi. Contohnya, kini anda boleh memakai main weapon dan sub-weapon, di mana ianya boleh ditukar di tengah-tengah perlawanan, memberikan lebih banyak peluang untuk melakukan strategi yang lebih dinamik dan efektif untuk memenangi sesuatu map.  Ditambah pula dengan post-game yang ada lebih banyak musuh yang lebih kuat, ianya pasti akan membuatkan anda melekat di PS4 selama berjam-jam! Contoh hasil daripada post-game adalah seperti ini ….

CUYHViXUcAARV8u

Amacam? Banyak kan nombor kat situ? Berjuta-juta beb! Kalau rasa tertarik, boleh dapat stats camni, tapi ambik masa lama sedikit untuk mencapai stats camni.

Selain daripada itu, terdapat beberapa tambahan lain dalam game ini iaitu Revenge Mode dan Overload. Revenge mode adalah mode di mana unit anda akan bertambah dari segi kekuatan untuk masa yang terhad dan segala kos SP untuk skill akan menjadi satu.

Seterusnya, Overload adalah skill istimewa yang hanya boleh diaktifkan dalam mode ini. Kebanyakkannya adalah lebih kepada support skills, tapi ianya support skills yang OP (overpowered) jika nak dibandingkan dengan skill biasa. Meter Revenge boleh dipenuhi dengan syarat tertentu, iaitu menerima jumlah damage yang tertentu, memberi damage kepada musuh serta kematian unit di map. Dengan ini, anda boleh menukarkan saat yang genting kepada peluang keemasan untuk memperolehi kemenangan dengan feature ini. Video di bawah boleh memberi sedikit gambaran mengenai revenge mode ini.

Selain itu, kelas-kelas yang terdapat dalam game ini juga telah bertambah di mana terdapat lebih daripada 40 kelas untuk digunakan. Dengan ini, terdapat kepelbagaian dalam pemilihan kelas dan dapat memudahkan pemain-pemain untuk memilih kelas-kelas yang mereka suka dan dapat meningkatkan lagi kepelbagaian dan keberkesanan strategi untuk setiap map yang ada.

K

OH EM GEEE THE SPRITESSS!!!

Seterusnya kita cerita pasal grafik dia pulak. Nak kata hebat cam game mainstream cam Call of Duty or The Witcher 3 tu memang confirm tidak, tapi bersesuaian dengan game ini. Disgaea 5 dah banyak improve jika nak dibandingkan dengan siri sebelumnya. Sprite HD yang teliti membuatkan setiap unit di atas map lebih jelas dan menarik, di samping perjalanan cerita yang dipersembahkan dalam format seperti visual novel.

Selain daripada tu, animasi skill yang mantap juga menambahkan lagi keseronokan ketika bermain, dengan animasi skill yang boleh dikatakan, “over the top”, pasti tidak akan puas melihatnya! Di samping itu, terima kasih kepada kekuatan processor PS4, lebih banyak karakter yang boleh dirender bagi setiap map, iaitu sebanyak 100 unit bagi setiap map, tanpa slowdown!! Selain daripada itu, UI juga lebih menarik dilihat kerana ada simple animation apabila kita cuba untuk akses menu tersebut.

Honorable mention kepada OST di dalam game ini kerana OST di dalam game ini memang superb dan sesuai dengan tema setiap map di dalam game, menjadikan pengalaman gaming anda lebih enak dan memberangsangkan.

2015-12-09 23_13_56-Disgaea 5_ Alliance of Vengeance Unique Character Skill Demo - YouTube

Keputusan : BOLEH BELI atau BOLEH BLAH?

BOLEH BLAH! – Kalau anda tidak sukakan game yang mengunakan grafik 2D dalam gameplay, tiada elemen ganas, tak suka strategy RPG, tidak mengemari anime atau manga, tak suka ambil masa lama untuk main game – baik jangan sentuh game ni.

Disgaea 5 mengandungi banyak parodi daripada siri anime dan tokusatsu (macam Kamen Rider, Super Sentai) sama ada dari segi dialog, ataupun skill itu sendiri. Jadi, untuk memahami sesetengah jenaka dalam game ni, anda perlu arif sedikit dalam bidang anime dan manga.

Tambahan pula, game ni betul-betul menyerlah apabila anda main post-game, dan korang akan mengambil masa yang agak lama dalam mencapai stats yang sesuai untuk main post-game bagi betul-betul dapat menghayati game nih.

BOLEH BELI! – Kalau anda suka game yang ada jenaka serta parodi anime dan manga serta tak kisah pasal grafik ketika bermain sesuatu game, game ini sememangnya untuk anda! Nak-nak pulak anda adalah seorang yang belum ada kerja cam saya dan suka grinding dalam game untuk best stats, lagilah sesuai!

Dengan kekayaan post-game di dalam game ini dan dialog yang boleh membuatkan anda tidak kering gusi, ianya antara game yang terbaik yang saya pernah main di PS4!

Oleh itu, saya amat mengesyorkan game ini kepada peminat game-game JRPG yang hardcore dan juga untuk mereka yang suka cerita dengan interaksi karakter yang banyak serta perkembangan karakter yang lebih terperinci. Kalau anda tergolong dalam golongan itu, apa tunggu lagi, pergi beli Disgaea 5  secepat yang mungkin !

Plot cerita mudah dilupai
Lakonan suara Bahasa Inggeris kurang memberangsangkan

+ Perkembangan karakter sepanjang penceritaan yang menarik
+ Dialog-dialog yang membuatkan anda tidak kering gusi.
+ Customization untuk unit teramat banyak dan luas
+ Kandungan game yang padat dan mantap
+ HD sprites dan animasi skills yang cun melecun

Comments

comments

  • Artikel yang bagus dan sedap di baca, teruskan lagi menulis artikel tentang jrpg!!

    • Afiq Phirinko

      Terima kasih, dan sudah semestinya!