Inilah masanya untuk anda rebutkan peluang keemasan ini!

esl-one-genting-digi

ESL One Genting Malaysian Open Qualifiers telah diumumkan pada beberapa minggu lalu, yang mana ia akan bermula pada hujung minggu ini. Nampaknya, Digi bukan sahaja bakal menaja kejohanan ini, malah akan turut menaja pasukan yang akan memenangi pusingan kelayakan Malaysia ini kelak.

Tajaan ini adalah bertujuan untuk membantu pasukan itu nanti dalam membentuk pasukan bagi menghadapi saingan pasukan-pasukan DotA 2 bertaraf dunia lain seperti Team Fnatic, Wings Gaming, Digital Chaos, Virtus Pro, NP Gaming, dan Team Execration.

ESL-One-Genting-feat

Menawarkan hadiah terkumpul sebanyak USD250,000, acara kemuncak ESL One Genting bakal berlangsung pada 6 hingga 8 Januari 2017.

Comments

comments