Sebuah game berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua (WW2) yang sangat berpotensi besar sedang dibangunkan.

Developer yang bertanggungjawab membawakan game free-to-play War Thunder, Gaijin Entertainment sedang membangunkan sebuah game shooter yang diberi nama Enlisted. Juga seperti War Thunder, Enlisted akan menggunakan tema WW2, namun kali ini mereka akan memfokuskan kepada pertempuran on-foot di darat pula.

Enlisted merupakan game shooter MMO yang bakal menampilkan ratusan pemain dalam satu-satu masa. Buat masa ini, mereka turut menampilkan 2 mission untuk story campaign, iaitu “Invasion of Normandy” dan “Battle of Moscow”.

Berikut adalah screenshots yang diambil daripada versi pre-alpha:

Mereka telah melancarkan kempen untuk terus membantu projek mereka ini. Mereka telah menyenaraikan jumlah wang yang mereka perlukan serta apakah perancangan mereka bagi menggunakan wang tersebut:

  • USD250,000: Tunisia campaign (mission ke-3)
  • USD500,000: Campaign seterusnya di mana mereka memberikan pilihan kepada pemain untuk memilihnya
  • USD750,000: “Game module” pilihan para pemain
  • USD1,000,000: Enlisted akan dilancarkan untuk konsol

Buat masa ini, ia hanya akan dilancarkan di PC (Steam), dan hanya dengan sokongan mencecah USD1,000,000 barulah mereka mampu untuk mengeluarkannya ke konsol.

Mereka turut tidak mendedahkan sama ada Enlisted adalah free-to-play sama seperti War Thunder ataupun tidak, namun mereka menyatakan bahawa akses awal akan diberikan kepada pemain yang membeli “early access” campaign.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Enlisted, dan seterusnya menyokong serta membantu membangunkan game ini, anda boleh layari laman web rasmi Enlisted.

Comments

comments