Adakah Call of Duty untuk tahun ini sudah mula dikeluarkan teaser-nya – 2 bulan selepas pelancaran Infinite Warfare?

Siri Call of Duty bersilih ganti antara 3 studio pada setiap tahun. Black Ops III dari Treyarch pada 2015, Infinite Warfare dari Infinity Ward pada 2016, dan pada tahun ini ia akan kembali dibangunkan oleh Sledgehammer.

Terbaru,¬†Sledgehammer telah mengeluarkan video terbaru, memberikan ucapan tahun baru 2017. Ia telah memperlihatkan sebuah mesin bernombor seakan-akan klasik yang memaparkan “2017”. Semestinya, tiada apa-apa kata yang menyatakan bahawa ia adalah teaser untuk game Call of Duty yang baru untuk tahun ini, namun para peminat sudah mula berspekulasi mengenainya.

Perang Dunia Kedua di London, Perang Vietnam, Modern Warfare 2 Remastered, Advanced Warfare 2 – itulah antara tema-tema atau latar belakang yang sudah para peminat mula cakap-cakapkan. Di bawah adalah beberapa tweet para peminat yang berspekulasi mengenai video ini.

Jadi, apa pandangan anda pula? Adakah ini sememangnya teaser untuk game Call of Duty yang akan dilancarkan pada tahun ini? Atau ini hanya sekadar video ucapan tahun baru sahaja? Kongsikan pendapat anda dengan kami.

Comments

comments