Deus Ex: Mankind Divide Delay Sehingga 6 Bulan!

deus-ex-mankind-001

Alamak! Berita ni konfem akan mengecewakan peminat game Deus Ex yang mungkin dah tunggu lama untuk game ini.

Game ini sepatutnya dikeluarkan pada 23 Februari 2016, namun begitu developer Eidos Montreal mengumumkan bahawa game ini akan delayed sehingga 23 Ogos 2016! OMG 6 bulan tu delay.

deus-ex-mankind-002

Bos Eidos Montreal – David Anfossi di dalam blognya mengatakan delay ini adalah untuk membolehkan teamnya untuk memperbaiki segala selemahan dan kecacatan bagi menghasilkan game yang paling bermutu.

“Kami sangat berpuas hati dengan game Deus Ex setakat ini, kami telah pun bermain game ini dan kami nampak bahawa banyak lagi penambahbaikan yang boleh dimasukkan di dalam game ini untuk mencapai standard kami yang tinggi.
Kami minta maaf kerana terpaksa mengecewakan peminat-peminat kami, tetapi bagi menghasilkan game yang bermutu, kualiti yang baik hendaklah dijaga bagi mencapai standard yang kami mahukan. Oleh itu lebih masa diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik buat game ini.” – David Anfossi.

Kami berharap dengan delay nya game Deus Ex: Mankind Divide ini berbaloi dan hasilnya nanti tidak mengecewakan.

ADIOS!!

Comments

comments