Ada banyak Clan Destiny kat Malaysia nih. Begitu banyak sehinggakan bagi mereka yang baru terjun masuk ke dunia Destiny jadi tak tahu mana satu clan nak dipilih!? Macamana nak setelkan isu ini? JomGaming memperkenalkan Destiny: Projek Ice Breaker.

Kenapa Projek Ice Breaker?

Nama cool kan? In honour of the Year 1 Sniper Rifle di dalam Destiny – siri temuramah Projek Ice Breaker ini membuka ruang untuk Clan-clan Destiny Malaysia memperkenalkan siapa mereka, untuk break the ice (berkenalan) and approach grassroots bagi membina komuniti Destiny yang lebih berbisa dan bersatu-padu!

IceBreaker
RIP sayangku.

Siapa Penulis Nak Bercakap Pasal Clan Destiny Malaysia?

Penulis sendiri pernah menjadi KinderGuardian (Guardian Freshie) yang tercari-cari halatuju dalam Destiny. Projek Ice Breaker ini diharap dapat membawa KinderGuardians menemui Clan-Clan yang boleh memupuk, betulkan salah silap serta membina attitude diorang menjadi true Guardians satu hari nanti.

Amirul_KinderGuardians
Penulis baru delete Titan. Sape nak carry?

Perlu Ke KinderGuardians Nih Semua?

Memang seronok bila gaming. Lagi seronok kalau gaming reramai, kan? Kalau kita nak elitist dan diskriminasi KinderGuardians sebagai scrub dan noob, tak mustahil satu hari nanti, scene Destiny Malaysia nih hilang begitu sahaja. Gile tak best! So, let’s ignore all the negativity and have fun in Destiny! Boleh geng?

Ada Apa Dengan Projek Ice Breaker?

Setiap minggu kitorang akan introduce 2 Clan Destiny – Hari Selasa (reset day) dan hari Jumaat (Xur day) dalam bentuk artikel bergambar.  Founders dan warga clan dijemput untuk sesi soal-jawab di dalam post artikel mereka nanti di Facebook JomGaming.

fireteam-chat-ep-13-house-of-wolves-planning_nx6j.1920
Join a clan lah guys! Baru sedap main Destiny!

Berikut adalah Clan-clan Destiny Malaysia yang menyahut panggilan status Facebook penulis. Kalau Clan Destiny korang tak ada kat sini, mohon jasa baik korang untuk maklumkan kepada Founder Clan or pihak berwajib. Kitorang nak dengar suara korang juga!

Editor: Destiny: Projek Ice Breaker adalah hasil inisiatif Amirul Ariffin, writer jemputan JomGaming. Nantikan siri temuramah beliau bersama otai-otai dan founder-founder Clan Destiny di Malaysia ini di minggu-minggu mendatang! Tak nampak Clan Destiny korang di sini? Apalagi, contact bro Amirul sekarang juga! Jom kita meriahkan majlis!

Comments

comments