destiny-thetakenking-screen-04-us-15jun15Hanya lagi sebulan sebelum launch TTK dan pelbagai spekulasi dan rumors tersebar di dalam Reddit r/DestinyTheGame. Paling menarik, thread ini yang menceritakan beberapa ‘info’ yang kononnya leak dari Bungie. Kebenaran atau kelentong? Jom check it out!

The-Taken-KingAntara yang menarik perhatian kitorang adalah;

  • Bungie akan mengumumkan Clan 2.0. Lepas ni, clanmates korang akan dapat memberikan buff sesama korang. Lebih motivasi untuk ahli clan bekerjasama!
  • Cayde-6 dan Zavala, Hunter dan Titan Vanguard bakal menjadi watak utama dalam TTK. Macamana diorang nih akan diselitkan ke dalam story Destiny? Kita tunggu dan lihat.
  • Eris Morn juga bakal kembali membawa misi-misi bagi korang selesaikan.
  • Sepertimana dapat dilihat di dalam trailer TTK, akan ada 3 Boss-Boss berasingan di dalam raid Dreadnaught nanti.
  • Kereta kebal Cabal (kereta Cabal – get it?) juga akan available sepanjang questline korang nanti.
  • Walaupun Cabal diburu dan di’taken’, mereka takkan menjadi ally kita. Mereka tetap akan tembak korang sepertimana yang berlaku di dalam patrol atau mission.
  • Abilities gerombolan the Taken akan mirip kepada Super class-class yang ada. Contohnya; Dreg boleh bukak bubble shield sepertimana Titan Defender. Ianya akan digunakan bagi menangani kuasa Super dari Guardian.
  • Patrol di Dreadnaught nanti akan lebih besar dengan treasure dan rahsia untuk dirungkai berbulan lamanya.
  • Kita takkan dapat map di Saturn. So sad.
  • Bungie sedang mengusahakan sistem Ascending baru bagi Year 2.
  • Title Destiny 2 – The Shattered Suns akan direlease pada September 2016. Korang still akan menggunakan character-character korang. Dan jalan ceritanya pulak akan berfokuskan kepada Osiris di mana beliau akan menjadi quest giver nanti. Bagi yang belum menjejakkan kaki ke Mercury, Destiny 2 nanti akan membawa kita ke Mercury. Musuh baharu juga sedang dalam pembikinan – mungkin kita akhirnya akan dapat bertemu Ahamkara?
  • Ada ura-ura mengatakan Bungie tidak lagi akan meneruskan model bisnes DLC, sebaliknya akan merelease raid, planet dll secara PERCUMA! Sure or not?
  • Sistem trading TIDAK AKAN dimasukkan ke dalam Bungie.
  • Tiada chest ke-6 di dalam VoG! OMGWTFBBQ!

So, itu antara apa yang dapat kitorang kongsikan dengan korang. So, apa pendapat korang? Kebenaran atau kelentong?

Comments

comments